Saturday, December 17, 2011

Berkhatan di Sekolah Rendah Bukit Chempaka.

Kanak-kanak yang akan berkhatan sedang dimandikan oleh YB Haji Khazan menggunakan paip bomba pada Majlis Berkhatan beramai-ramai Sekolah Rendah Bukit Chempaka.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 10/12/2011- Seramai 60 orang para pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka telah menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai hari ini.Program anjuran bersama Persatuan ibubapa,JKKK sekitar dan pihak sekolah ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan dan Guru Besar Sekolah bersama-sama memandikan para pelajar yang akan berkhatan.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Bukit Chempaka,beliau amat berterima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan oleh semua yang terlibat menjayakan program ini. Tanpa sumbangan daripada pihak-pihak tersebut,amat payah untuk pihak sekolah menjayakan program yang besar seperti ini,kata beliau. Dalam pada itu juga beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi hadir merasmikan program tersebut walaupun sibuk dengan jadual kerja selaku Exco kerajaan negeri.

YDP PIBG Wan Khairul Wan (tengah) menyampaikan cenderahati kepada YB Haji Khazan.

Komitmen yang ditunjukkan oleh para ibubapa dengan hadir pada program ini sebagai pembakar semangat untuk anak-anak yang berkhatan juga turut diucapkan ribuan terima kasih oleh beliau kerana ianya mengambarkan sikap ambil cakna ibubapa kepada anak-anak adalah sangat baik.

Sebahagian ibubapa para pelajar yang hadir memberikan semangat untuk anak-anak mereka.

Sementara itu pula dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan, beliau amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka. Ianya jelas menunjukkan bahawa sekolah bukan hanya tempat untuk mencari ilmu akedemik sahaja tapi dapat juga memupuk satu semangat yang harmoni dikalangan para ibubapa yang bersama-sama hadir memberikan semangat untuk anak-anak mereka.

Para bapa dan pelajar bersalaman dengan YB Haji Khazan dan Guru Besar Sekolah sebelum majlis bermula.

Disamping itu juga ianya dapat menjimatkan kos yang akan ditanggung oleh para ibubapa jika ianya melakukan secara persendirian,tambah beliau lagi. Beliau turut mengharapkan agar program seumpama ini akan berterusan dari tahun ke tahun kerana ianya dapat memupuk satu semangat kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan juga ibubapa.Beliau turut akan membantu pihak sekolah selagi yang termanpu untuk terus merangkan program-program kemasyarakatan seperti ini,akhiri ucapan beliau.

Perarakan bunga manggar dan paluan kompang memulakan majlis Khatan Beramai-ramai Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.


Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini,telah dimulakan dengan para pelajar yang akan berkhatan diarak dengan paluan kompang dan juga bunga manggar dihadapan YB Haji Khazan bersama para ibubapa.Turut bersama hadir pada program ini YDP PIBG Encik Wan Khairul Arifin bin Dato' Hj.Wan Ibrahim,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka dan Pegawai Khas Pejabat Adun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment