Saturday, December 17, 2011

JKKK Bukit Wan mahu mengukir sejarah lagi..

YB Haji Khazan (tengah) bersama panel hakim dan JKKK Bukit Wan sedang menyanyikan lagu negaraku sempena kehadiran panel hakim Anugerah Desa Cemerlang (ADC) ke Kampung Bukit Wan.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 11/12/2011- Selepas berjaya memenangi pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kampung Peringkat Negeri Terengganu pada tahun lepas,JKKK Bukit Wan terus mengorak langkah untuk berjaya pula didalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri pula pada tahun ini.Dengan barisan panel hakim yang diketui oleh Jabatan KEMAS Negeri,bermula jam 10.00 pagi satu rombongan penghakiman telah hadir ke Kampung Bukit Wan utuk menghakimi pelbagai sudut bagi Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2011.


YB Haji Khazan menyampaikan cenderahati kepada salah seorang panel hakim.

Antara jabatan yang turut menjadi panel hakim ialah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah,Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT),Jabatan Pendidikan,Unit Maklumat Negeri,MARA dan juga Risda.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para panel hakim.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit,beliau amat gembira dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh JKKK Bukit Wan didalam mencapai kejayaan. Dengan hasrat untuk terus berjaya,semua pihak dan juga para penduduk kampung Bukit Wan telah bersatu tanpa mengira fahaman politik dan juga kedudukkan.Beliau turut berharap agar ianya akan menjadi satu contoh yang baik untuk semua JKKK Dun Batu Rakit didalam mengejar kejayaan.

Barisan koir Bukit Wan mempersembahkan lagu dihadapan panel hakim dibawah pimpinan saudara Ambak Ismail.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Pejabat Dun Batu Rakit akan sentiasa membantu setiap JKKK untuk mencapai kejayaan. Dengan kejayaan yang telah diperolehi pada tahun lepas,beliau turut berhrap agar kejayaan akan terus diperolehi oleh JKKK Bukit Wan untuk mengharumkan lagi nama Batu Rakit diseluruh Malaysia.

YB Haji Khazan mengiringi barisan panel hakim ke Dewan Pusat KRT Bukit Wan.


Barisan bunga manggar dan pasukan marhaban menyambut kehadiran barisan panel hakim ADC.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment