Monday, December 12, 2011

Info Komuniti 1Malaysia sempena Maal Hijrah

Sebahagian hadirin yang hadir untuk bersama-sama dalam Majlis Info Komuniti 1Malaysia sempena Maal Hijrah 1433H anjuran Komuniti Bestari Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka.


BATU RAKIT (9/12/2011)- Seramai 500 orang telah hadir untuk bersama-sama didalam Majlis Info Komuniti 1Malaysia Sempena Maal Hijrah 1433H Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka yang telah dirasmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini turut didakan ceramah berkenaan Maal Hijrah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Awang mantan Timbalan Mufti Negeri Terengganu.

YB Haji Khazan Che Mat (kiri) menerima cenderahati dari Pengerusi Komuniti Bestari 1Malaysia Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar (kanan).

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap agar sempena kedatangan Maal Hijrah 1433 ini,masyarakat didalam Dun Batu Rakit turut bersama-sama berhijrah kearah yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih selesa. Kerajaan juga menurut beliau telah banyak berhijrah dari masa ke semasa untuk membawa perubahan kepada masyarakat.Dengan keinginan untuk sentiasa berhijrah demi meningkatkan taraf sosial kehidupan,ianya amat dituntut oleh Islam,tambah beliau lagi.

Dari kiri ke kanan: Encik Khairul Anuar,YB Haji Khazan,Sarjan Mohd Abu Bakar dan Encik Zubir

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim pula,beliau memaklumkan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang amat dikagumi oleh banyak negara islam yang lain kerana ianya telah maju dan berjaya.Perhijrahan yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan negara amat dituntut oleh agama dan ianya telah membawa kepada satu kejayaan yang cemerlang.Disamping itu juga beliau mengharapkan agar para hadirin agar sentiasa menanam sikap untuk berhijrah demi kebaikkan dari masa ke semasa dan tidak hanya berpuas hati dengan apa yang ada pada ketika ini. Perhijrahan untuk sebuah kejayaan menurut beliau lagi adalah salah satu pergorbanan yang pasti akan membawa kejayaan.

Ustaz Abdul Halim menyampaikan ceramah berkenaan Hijrah dalam Islam.


Didalam program ini juga satu penerangan berkenaan Bajet 2012 telah diberikan oleh Pegawai Penerangan Daerah iaitu Encik Zubir. Menurut beliau,penerangan yang berterusan ini adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat agar lebih faham apa yang telah diberitahu oleh Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 baru-baru ini. Ianya juga bertujuan agar rakyat tidak mudah terpesong dengan dakwaan pihak pembangkang berkenaan bajet tersebut.

Para penduduk yang hadir sedang mendaftar untuk nama cabutan bertuah.

Pada majlis ini juga cabutan nama bertuah telah disediakan oleh pihak penganjur untuk menarik minat para penduduk. Majlis yang berakhir pada jam 5.00 petang ini turut dihadiri oleh para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,isteri Adun Batu Rakit,Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu dan juga APMT Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment