Thursday, July 22, 2010

MAJLIS PENYERAHAN e-BOOK MURID TAHUN 5 DUN BATU RAKIT 2010.

Pelajar menerima e-book dari YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.

BATU RAKIT-21HB JULAI 2010. Seramai 513 orang pelajar tahun 5 dari seluruh sekolah dalam Dun Batu Rakit kecuali Pulau Redang telah menerima e-book dari YB Ustaz Haji Khazan Che Mat dalam majlis Penyerahan e-Book Murid tahun 5 di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Maras hari ini.
Program dibawah kendalian Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini telah dihadiri seramai 1000 orang lebih dikalangan pelajar,ibubapa dan pemimpin masyarakat setempat.


Pelajar-pelajar beratur untuk menerima e-book dari YB Ustaz Haji Khazan.

Turut sama dalam program ini ialah Tuan Haji Kifaya Abdullah Datuk Mohamad Said selaku Timbalan Pengarah Pejabat Daerah Setiu.
Dalam ucapan alu-aluan beliau menyeru agar ibubapa sentiasa memainkan peranan dalam membantu pelajar-pelajar untuk terus berjaya.Apa yang telah dijalankan disekolah telah digalas dengan sedaya upaya oleh guru-guru dan terserah kepada ibubapa pula untuk memainkan peranan masing-masing apabila pelajar berada dirumah..tambahnya lagi.
Beliau juga mahukan setiap ibubapa memantau setiap e-book yang digunakan oleh para pelajar agar tiada unsur-unsur negatif terdapat dalam e-book tersebut.Menurutnya lagi sikap kerjasama antara ibubapa dan pihak sekolah adalah amat penting bagi melihat kejayaan para pelajar.
E-book juga tambahnya akan menjadi hak milik kekal para pelajar selamanya dan agihan e-book dijalankan dibawah Parlimen.

YB Ustaz Haji Khazan sedang menyampaikan ucapan.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Ustaz Haji Khazan beliau memberitahu betapa berbezanya mencari ilmu pada masa dahulu dan kini. Betapa banyak perubahan demi perubahan telah berlaku.Menurutnya lagi kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mempersiapkan generasi harini untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Kerajaan juga katanya telah berbelanja berjuta ringgit demi meningkatkan lagi sistem pembelajaran untuk semua golongan para pelajar.Dan ini telah terbukti dengan percapaian gemilang para pelajar di Terengganu setiap tahun disemua ketegori peperiksaan yang diadakan.


Sebahgian para pelajar menunggu pengagihan e-book.


Menurutnya lagi kerajaan juga telah banyak meningkatkan syiar-syiar islam dalam sistem pentadbiran dan juga pelajaran di Terengganu. Ini kerana katanya untuk mengembangkan lagi sistem perundangan islam dikalangan generasi yang akan datang dan juga menuntut suruhan al-quran dan hadis.
Apa yang kerajaan mahu adalah untuk melihat setiap pelajar-pelajar dari genarasi kini akan menjadi celik it pada masa hadapan...tambahnya lagi.


YB Ustaz Hj.Khazan (tengah) bersama Timbalan Pengarah PPD Setiu (dua dari kiri),Penghulu Mungkim Batu Rakit (dua dari kanan) dan Guru besar sekolah.

Beliau juga turut memohon agar setiap ibubapa memantau dengan lebih teliti setiap e-book yang digunakan oleh anak mereka.Semoga dengan pemantaun yang berterusan dari guru,ibubapa tiada lagi kejadian yang pernah berlaku selama ini berulang kembali..ujurnya bagi mengakhiri ucapan.

Para Pengerusi JKKK turut hadir bersama untuk menjayakan program ini.


Para kaum ibu turut hadir untuk memberi sokongan kepada para pelajar.

Ketua Balai Batu Rakit (Pak Loh) berbaju seragam,turut bersama hadir memberi sokongan.



Timbalan PPD Setiu Tuan Haji Kifaya Datuk Mohamad Said sedang memberi penerangan mengenai e-book.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment