Wednesday, July 21, 2010

BERJAYA !!!…… SUKANEKA GABUNGAN WAKAF CHAGAK

Imej813

BATU RAKIT – Selasa 20 Julai, Sukaneka Gabungan KRT, JKKK dan Komuinti Bestari Wakaf Chagak pada 20 Julai 2010 telah mendapat sokongan masyarakat tempatan dengan kehadiran lebihkurang 300 orang di Dataran Bestari Wakaf Chagak.
Imej862
TETAMU - dari kiri En. Azilan, Puan Hajjah Norma, YB Dato' Hj Mohd Jidin dan En. Bidin

Ahli Parlimen Setiu, YB Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee dalam kesibukan tugas telah sempat hadir dan menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dalam beberapa aktiviti sukaneka. Difahamkan pada waktu tengahari, beliau berkesempatan hadir di majlis sukaneka anjuran JKKK Bukit Agu, Batu Rakit dan selepas itu di sebelah petang di Kg Pak Kanchil, Permaisuri, Setiu.
Imej848
MUSANG BERJANGGUT - peserta sibuk mengasing bahan-bahan campuran bersama beras
Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah, Pegawai Intergrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu, Puan Hajjah Norma binti  Mohd Noor dan Pegawai Penyelaras KRT, Encik Azilan bin Ariffin.
Imej821
GOLEK TAYAR - peserta sekolah rendah sedang beraksi golek tayar
Manakala wakil kepada Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Bidin bin Ghani bersama Encik Sanusi bin Hassan (kedua2nya Pegawai Penyelaras Komuinti Bestari Daerah Kuala Terengganu) hadir sama.
Imej828
SUSUN BATU BATA - peserta remaja lelaki sedang menyusun batu bata
Selain itu, Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit bersama pengerusi-pengerusi JKKK berdekatan turut hadir sama meraikan program sukaneka kali ini. Semua tetamu telah diberi kesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang sebelum itu.
Imej856
JOHAN TARIK TALI WANITA - betapa gagah peserta wanita menarik tali
Selepas selesai majlis penyampaian hadiah, YB Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee bersama tetamu diraikan dengan menikmati buah durian dari kawasan Batu Rakit di Dewan Bestari Wakaf Chagak.
Imej825
ACARA BERAKIT - remaja wanita berlumba rakit darat.

Acara-acara yang dipertandingkan selain daripada gambar-gambar yang tertera di atas, telah disusunatur mengikut kategori umur termasuk kanak-kanak pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, remaja, wanita dan dewasa. Sepakratus tiga beregu, titing bola sepakraga perseorangan, isi air dalam botol, mekap muka, bowling kelapa, tariktali remaja dan wanita.
ACARA BOWLING KELAPA - peserta remaja lelaki sedang beraksi.

No comments:

Post a Comment