Saturday, June 26, 2010

PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN NELAYAN DUN BATU RAKIT 2010

Dari kiri Ketua APMT Hajjah Wan Maznah,YB Haji Khazan Che Mat,Ketua Penyelaras Pemuda Encik Azhar Mohd Noor dan Ketua Balai Polis Batu Rakit.

BATU RAKIT 25HB JUN 2010- Seramai 42 orang nelayan dari Kampung Pantai,Pengkalan Atap,Mengabang Panjang,Pagar Besi dan Kubur Timah telah menerima bantuan pukat dan alatan memancing dari YB Ustaz Haji Khazan Che Mat dalam Program Sumbangan Bantuan Nelayan DUN Batu Rakit 2010 yang diadakan di Kampung Pantai Batu Rakit.
Program ini berlangsung sebelum majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bola sepak pantai dan bola jaring yang dianjurkan Penyelaras Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO DUN Batu Rakit.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan kepada para nelayan.

Dalam ucapan Yang Berhomat Ustaz Haji Khazan,walaupun sumbangan yang diberi ini kecil tapi beliau berharap ianya dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menambah pendapatan masing-masing.Beliau juga meminta kepada nelayan-nelayan yang tertinggal namanya dalam program ini agar memohon kembali melalui ketua-ketua atau pemimpin masyarakat di tempat masing-masing.
Harapannya juga agar peralatan yang diberi ini tidak disalahguna atau dijual demi untuk mencari keuntungan segera.Apa yang diberi adalah untuk membantu semua pihak agar dapat merasai nikmat pembangunan yang telah dilakukan oleh parti pemerintah.

Mad Yusuf Abdullah (kiri) gembira menerima sumbangan dari YB Haji Khazan Che Mat.

Turut bersama hadir dalam program ini ialah Pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua -ketua UMNO Cawangan, Ketua APMT Dun Hajjah Wan Maznah dan pembantu-pembantu APMT,Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua Penyelaras Pemuda Dun Encik Azhar Mohd Noor dan jawatankuasanya serta Ketua Penyelaras Pergerakan Puteri DUN dan jawatankuasanya.

Sebahgian tetamu yang menghadiri program bantuan untuk nelayan.

Program yang dikelolakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit ini diketuai oleh pegawai khasnya Encik Haji Kamaruddin Mohamed dengan kerjasama Penyelaras pemuda dan APMT.

P.A. Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad sibuk menyusun barang-barang untuk diberi kepada nelayan.


Cerita dan gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment

Post a Comment