Thursday, June 10, 2010

PROGRAM PENANAMAN KAYU KARAS PERINGKAT DUN BATU RAKIT

YB Haji Khazan Che Mat (tengah) bersama pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan.

BATU RAKIT-10hb Jun 2010. Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Pejabat Dun Batu Rakit telah menjayakan satu program Kempen Penanaman Kayu Karas di Dewan KRT Bukit Wan pada hari ini. Program ini bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang telah dihadiri oleh seramai 200 orang penduduk setempat dan diresmikan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri.

Taklimat- Pengarah Jabatan Perhutanan Datok Haji Noh Afirudin sedang menyampaikan taklimat.

Program ini bermula dengan taklimat tentang kayu karas oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Datuk Haji Noh Afirudin.Menurut beliau kayu karas ini juga lebih dikenali sebagai gaharu yang berasal dari perkataan sanekerit iaitu "Agaru" yang bererti kayu berat (tenggelam) dan harum bila dibakar.Kayu karas ini juga banyak digunakan sebagai ubat-ubatan untuk pelbagai penyakit bermula dari daun,kulit dan akar.Di Malaysia,kegunaan kayu ini telah direkodkan di dalam perubatan seperti lepas bersalin,antikanser,penyakit kewanitaan,demam,sakit badan dan antibiotic.Menurutnya lagi, oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi untuk kayu ini kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan amat berbangga dan berterima kasih kepada Adun kerana telah cuba mengalakkan penduduk untuk menanam kayu karas ini sebagai punca rezaki jangka masa panjang.

Unik- sebahgian anak semaian kayu karas yang akan diagihkan.
Sementara itu bagi YB Haji Khazan Che Mat dalam ucapan beliau,beliau menyeru para peserta yang mendapat anak-anak semaian ini agar menggunakan peluang yang diberi ini sebaik mungkin.Walaupun ianya tidak memberi pulangan hasil dalam masa terdekat tetapi untuk masa akan datang ianya boleh memberi pendapatan puluhan ribu ringgit.

Terima- Pengerusi JKKK Bukit Wan (kanan) menerima anak semaian kayu karas.

Beliau juga berharap agar para peserta dapat menjaga anak-anak semaian ini sehingga dapat merasa hasilnya nanti.Inilah saja cara yang terbaik bagi kerajaan untuk membantu para peserta membaiki ekonomi dikalangan mereka.Sesungguhnya kerajaan sentiasa mencari jalan dan cara untuk memberi kesenangan kepada rakyatnya..tambah beliau.

Tumpu-peserta khusyuk mendengar taklimat tentang kayu karas .

Di akhir ucapan sebelum merasmikan program ini,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan kerana sudi menjayakan program dan menyumbangkan beratus anak semaian kayu karas secara percuma kepada para peserta.Terima kasih juga turut dihulurkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini seperti Pengerusi-pengerusi JKKK,Ketua Balai Polis Batu Rakit,APMT Dun Batu Rakit dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga ianya dapat memberikan satu pulangan kejayaan satu hari nanti..ujurnya lagi.

Turut serta-peserta wanita tidak mahu ketinggalan mengikuti program.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment