Tuesday, June 15, 2010

Perintis Kecemerlangan Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Dun Batu Rakit 2010.

Tetamu kehormat-Dari kiri Ketua Balai Polis Batu Rakit, Presiden BERITA,YB Haji Khazan dan Pengerusi Akedemi GPMS Syed Anuar Syed Mohamad.


BATU RAKIT-Menyahut seruan Menteri Besar Datuk Haji Ahmad Said yang ingin menjadikan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu,satu Program Perintis Kecemerlangan Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah DUN Batu Rakit telah diadakan di Akedemi Kepimpinan GPMS,Kampung Mengabang Panjang,Batu Rakit.Program anjuran Batu Rakit Intellect Team (BERITA) dengan kerjasama Pejabat Adun Batu Rakit ini telah disertai oleh seramai 64 orang pelajar terpilih yang akan menduduki peperiksaan SPM di sekolah-sekolah dalam Dun Batu Rakit. Antara sekolah-sekolah yang terlibat menghantar pelajar mereka ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan Zainal Abidin (STEMZA),Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting,Sekolah Menengah Berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit,Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot dan Sekolah Menengah Kebangsaan Elit Lembah Bidong.Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri telah bertindak merasmikan majlis penutup program ini.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan perasmian penutup program.
Menurut Encik Zaidi bin Yusof selaku Presiden BERITA,objektif utama program ini adalah untuk melahirkan generasi baru Batu Rakit yang cemerlang dalam pelbagai aspek,merangsang motivasi dan persiapan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan,membentuk sikap dan suasana penghayatan ilmu pembelajaran yang berterusan dalam diri pelajar.Dengan tema program Ke Arah Melahirkan Generasi Berintelek ianya diharap menjadi pencentus kepada evolusi kecemerlangan generasi pintar minda Batu Rakit menjelang tahun-tahun yang mendatang..tambahnya lagi.


Encik Zaidi Presiden BERITA menyampaikan ucapan alu-aluan.

Pelbagai pengisian telah diatur oleh 15 orang faslitator dari BERITA sendiri untuk diberi kepada para pelajar bagi mengisi aktiviti-aktiviti dalam program selama tiga hari ini yang bermula 8hb sehingga 10hb Jun 2010.Ceramah motivasi,cabaran fizikal dan minda,riadah ilmu,slot kecemerlangan peperiksaan,hujah minda,kemantapan rohani,sukaneka dan tip-tip untuk menghadapi peperiksaan.


Antara tetamu dan para pengerusi jkkk yang hadir.

Dalam ucapan perasmian penutup Yb Haji Khazan berharap dengan lahirnya program-program seumpama ini,ianya akan melahir lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang berjaya dan seterusnya mengharumkan nama Batu Rakit didalam bidang akdemik.Ini akan menjadikan lebih ramai mereka yang berjaya dikalangan anak Batu Rakit bertambah.Beliau juga berharap agar pelajar-pelajar yang terpilih menyertai program ini menggunakan sebaik mungkin ilmu yang ditimba untuk mencapai kejayaan.

Hadir- sebahagian faslitator yang turut sama menjayakan program ini.
Beliau juga berjanji akan membantu selagi yang termampu demi memertabatkan kejayaan dalam bidang pelajaran untuk anak-anak Batu Rakit.Baginya inilah pelapis-pelapis harus diberi suntikan ilmu untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti.Mengakhiri ucapan beliau,beliau menyeru supaya semua golongan terus memberi komitmen yang tinggi terhadap pelajaran demi menggapai sebuah kejayaan dimasa hadapan.

Bincang-para peserta turut di ajar membincangkan sesuatu masalah.

Majlis penutupan program ini juga telah dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi JKKK,Pengetua-pengetua sekolah yang terlibat,Pengerusi GPMS Negeri Syed Anuar Syed Mohamad,Ketua Balai Polis Batu Rakit,Apmt Dun dan ibubapa para pelajar yang menyertai program ini.

Kenangan-para peserta program bergambar kenangan bersama presiden BERITA (bersongkok) dan para faslitator.





Cerita: ZAIDI YUSUF
Gambar: MAZLAN MUSTAFA



SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment