Friday, June 11, 2010

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN KALI KE 22 UMNO CAWANGAN PANTAI BATU RAKIT.

Memohon keberkatan- jawatankuasa Cawangan bersama mengaminkan doa yang dibaca oleh Ismail Othman (berdiri)

BATU RAKIT- 11hb Jun 2010. Seramai 69 orang ahli UMNO Cawangan Pantai Batu Rakit telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli parti dengan menghadiri Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan yang ke 22 di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit hari ini.Walaupun persidangan kali ini bertembung dengan majlis-majlis kenduri kahwin yang banyak kerana cuti persekolahan,namun ianya tidak menghalang perjalanan persidangan ini untuk diteruskan.
Persidangan ini bermula jam 3.45 lewat 45 minit dari masa yang ditetapkan kerana menunggu kehadiaran ahli untuk mencukupkan peratus kehadiran yang dikhendaki.
Bermula persidangan,setiausaha cawangan Mazlan Mustafa telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi majlis.Selepas mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir,beliau mempersilakan Encik Othman Ismail ajk cawangan untuk membacakan doa untuk memberkati Persidangan ini.

Ketua Cawangan Encik Harrun Mohamad menyampaikan ucapan aluan.

Selepas bacaan doa,Encik Harun Mohamad selaku Ketua Cawangan memulakan ucapan beliau.Dalam ucapan alu-aluan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli parti yang hadir bagi menjalankan persidangan cawangan.Ucapan terimakasih juga dihulurkan kepada jawatankuasa pemuda kerana bertungkus lumus menyiapkan persiapan tempat untuk persidangan kali ini.

Wakil Pemuda Bahagian Encik Mohd Iskandar Jaffar sedang menyampaikan ucapan.

Bagi wakil Pemuda Bahagian Encik Mohd Iskandar Jaafar pula,beliau dalam ucapannya banyak menyentuh tentang penting ahli-ahli UMNO untuk hadir dalam mesyuarat agung.Tanpa mesyuarat agung satu-satu cawangan itu boleh dibatalkan.Ini kerana menurutnya lagi UMNO telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Pendaftar (ROS) yang mewajibkan setiap pertubuhan dibawahnya mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Wakil UMNO Bahagian Hajjah Wan Maznah Wan Nong menyampaikan ucapan perasmian.

Sementara itu dalam ucapan wakil bahagian yang diwakili oleh Ketua Wanita Bahagian Setiu Hajjah Wan Maznah Wan Nong pula lebih menekan betapa pentingnya UMNO kepada orang melayu kerana hanya UMNO yang lebih relevan dalam membela nasib orang melayu,agama dan negara.UMNO perlu dipertahankan dan diwarisi kepada pemuda dan puteri dengan ibubapa perlu memainkan peranan untuk mengajak mereka menghadiri mesyuarat.Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana telah ramai anak Batu Rakit telah berjaya dan menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan.Diakhir ucapan beliau menyeru agar ahli-ahli UMNO terus bersatu hati demi perjuangan bangsa melayu,agama islam dan negara tercinta.

Encik Yahya Ibrahim (berdiri) membahas usul.

Encik Jamil Hamzah (berdiri) turut sama membahaskan usul.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment