Tuesday, September 7, 2010

Majlis berbuka pemuda UMNO cawangan Pantai Batu Rakit.

Ketua UMNO Cawangan Harun Mohamad (kiri) dan Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit Mohamad Harun sedang menikmati juadah berbuka.

BATU RAKIT-7hb September 2010 Pemuda Umno Cawangan Pantai Batu Rakit,Ketua UMNO Cawangan dan Pengerusi JKKK telah bersama-sama berbuka disebuah kedai di Gong Datuk.
Seramai 25 orang pemuda telah bersama-sama menjayakan majlis ini.
Menurut timbalan ketua pemuda cawangan Encik Zamri Sulong,tujuan majlis ini adalah untuk bersama mengeratkan salitulrahim antara sesama pemuda dan para pemimpin atasan dalam cawangan.

Gelak ketawa mengiringi majlis berbuka.

Penuh dengan kemesraan

Menurut beliau lagi program ini juga adalah turutan yang setiap tahun diadakan.Memberikan satu peluang kepada pemuda beramah mesra sesama mereka.Dengan perbelanjaan yang terhad bukan satu penghalang bagi pemuda UMNO cawangan untuk tidak mengadakan majlis seumpama ni bagi meraikan mereka yang terlibat dalam setiap program-program yang dianjurkan oleh pemuda.

Sebelum berbuka sempat berbincang

Dalam majlis ini juga ketua UMNO Cawangan iaitu Encik Harun Mohamad telah sudi menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan perbelanjaan majlis itu.
Beliau juga menguncapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa pemuda yang selama ini telah berusaha menjaga nama parti dan turut bersama-sama menjayakan pelbagai program yang dianjukan oleh UMNO Cawangan dan juga Pemuda DUN.
Beliau juga berharap usaha sebegini akan diteruskan selamanya untuk sama-sama berjuang demi agama,bangsa dan tanahair.Turut bersama menjayakan majlis ini ialah Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit iaitu saudara Mohamad bin Harun.


Menunggu masuk waktu berbuka dengan penuh sabar.



Cerita dan Gambar oleh: MAZLAN MUSTAFA



SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment