Saturday, September 11, 2010

Rumah Tebuka ADUN Batu Rakit YB Ustaz Haji Khazan Che Mat

Kanak-kanak tidak mahu melepaskan peluang besalam dengan YB Ustaz Khazan.

BATU RAKIT-12HB OGOS 2010 Hampir 5000 orang dari Dun Batu Rakit telah membanjiri umah terbuka hari raya di penginapan YB Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit dan juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.
Pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua muda telah menghadiri majlis rumah terbuka ini yang diadakan di penginapan baru YB Ustaz Haji Khazan.
Pelbagai aneka juadah disediakan untuk para tetamu menikmatinya.Bihun goreng,ketupat palas,sate,tapai dan nasi minyak menjadikan tetamu semakin ramai hadir.Para pemimpin seperti Ketua UMNO Cawangan,Pengerusi JKKK dan para pemimpin dikalangan wanita,pemuda dan puteri juga tidak ketinggalan bersama menhadiri rumah terbuka ini.
Majlis ini turut dibantu dari segi persiapan oleh jawatankuasa pemuda Dun dan puteri serta anggota APMT Dun..

Apa yang ditunjukkan oleh Pegawai Khas DUN tu...?


Kanak-kanak tidak mahu ketinggalan mendapatkan duit raya.


Para petugas bersedia untuk menjalakan tugas.

Saling bermaafan dihari yang mulia.

Masih sempat bertanya khabar sesama mereka.

Bersama-sama membantu melicinkan persiapan untuk hidangan juadah.

Kakitangan APMT Dun sedang mengilap bekas untuk makanan.

Tetamu sedang menjamu selera.

Tetamu yang hadir sedang mengambil makanan.



Cerita dan Gambar oleh: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment