Sunday, March 7, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT MENEPATI SASARAN

“Kebajikan rakyat diutamakan”

SETIU, 27 Feb – Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN) Langkap telah menganjurkan Program Juara Rakyat peringkat negeri yang bertemakan Bulan Kebajikan bertempat di Pekan Sri Langkap dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato Ahmad bin Said.


Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YB ADUN Langkap, Jabi, Permaisuri, Batu Rakit serta ahli jawatankuasa 4 sayap UMNO bahagian setiu.

Kira-kira 10,000 pengunjung telah menyertai program ini dan dimeriahkan lagi dengan acara Jamuan Rakyat di samping pelbagai aktiviti lain seperti konvoi bermotosikal, sukaneka, persembahan kebudayaan dan pameran jabatan kerajaan.


Meriah...program juara rakyat mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program ini turut melibatkan majlis penyampaian bantuan kebajikan kepada 1000 penerima yang telah disenaraikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan yang diberikan berbentuk kerusi roda, wang tunai dan barang keperluan harian.

Majlis ini diakhiri dengan acara marhaban oleh jawatankuasa wanita dan puteri DUN Langkap.


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment