Tuesday, March 16, 2010

GASING PANGKAH PUPUK PERPADUAN UMMAH

Capture1

BATU RAKIT - 16 Mac, Pertandingan gasing pangkah anjuran Komuniti Bestari Wakaf Chagak telah dapat memupuk perpaduan ummah.

Perpaduan wujud dapat dilihat di kalangan pasukan bermula mencari teras kayu (banir lama) untuk membuat gasing, kulit kayu (tali gasing), kayu penyokok hingga kepada hari perlawanan.

Mereka (25 orang setiap pasukan) berkerjasama sesama pasukan mengikut kategori. Sebelum pemusing atau pemangkah melilit tali gasing di lenggannya, tali tersebut perlu diurut atau digosok terlebih dahulu oleh pembantu supaya tali gasing tidak boros apabila dipusing atau dipangkah.

Setiap kali pangkahan selesai, para penyodok atau penapis akan mengambil gasing dan diberi kepada tukang yang pakar meletak gasing ke atas pinggang. Kemudian gasing yang sedang berpusing atas pinggan akan di bawa ke kawasan kubu.

Sebelum itu, petugas-petugas di kawasan kubu akan menimbun tanah seperti pusu untuk meletak gasing berpusing hingga ke tiupan wisel akhir oleh pengadil pertandingan menandakan gasing sudah tidak berpusing lagi.

Haji Mustafa Bin Mamat “Acara ini tidak berlaku sebarang bentuk pertelingkahan, pergaduhan dalam permainan atau perbezaan pandangan penonton; yang memungkin timbul kekecohan seperti pertandingan-pertandingan lain”, kata Haji Mustafa bin Mamat, timbalan pengerusi Komuniti Bestari Wakaf Chagak.

Pada setiap kali pertandingan diadakan di Gelanggang Gasing Kampung Wakaf Chagak, kehadiran pemain dari pasukan yang bertanding serta sokongan padu dari berbagai lapisan masyarakat begitu ramai; kadangkala mencecah 500 orang tanpa mengira fahaman politik.Capture

Kebanjiran mereka (pemain dan penonton) dapat dilihat dari berbagai peringkat usia termasuk sekolah rendah, menengah, remaja, dewasa dan  warga emas.

Mereka sanggup berada di tempat pertandingan seawal jam 8.00 pagi dan pulang lewat jam 5.00 atau 6.00 petang.

Gasing pangkah adalah permainan tradisional yang masih wujud di sekitar Batu Rakit dan Tepoh. Ianya masih diminati bukan sahaja penduduk tempatan bahkan ada yang sanggup datang dari bandar Kuala Terengganu dan sekitar Mukim Kuala Nerus.

No comments:

Post a Comment