Sunday, March 28, 2010

PERKASA MULA MENDAPAT PERHATIAN MASYARAKAT


TENGAH - Tun Dr Mahathir besama isteri, Tun Dr Siti Hasmah (pakaian putih )

BATU RAKIT, 28 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mula mendapat tempat di hati ramai masyarakat Melayu di DUN Batu Rakit.

Beberapa orang pemimpin JKKK dan APMT telahpun mengisi borang keahlian dengan bayaran RM10.00 seorang untuk pendaftaran.

Naib Pengerusi Perkasa Negeri, Haji Abd Rahman bin Mat Yasin berkata, "setakat ini, beliau telah menerima lebih 50 permohonan ahli baru, walaupun Perkasa belum diwar-warkan lagi kepada umum."


KHUSYUK - para perwakilan dan pemerhati sedang khusyuk mendengar ucapan Tun Mahathir bin Mohamad

"Sebagai tanda terima kasih kepada mereka, saya telah menghantar 10 orang pemerhati ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bertempat di Dewan Tun Razak I, PWTC, Kuala Lumpur", jelasnya.


SAMBUTAN MERIAH - Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di luar Bangunan Dewan Tun Razak I, PWTC.

Negarawan Ulung, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah berkenan merasmikan mesyuarat agung tersebut pada 27 Mac 2010.



Selain itu, ramai tokoh-tokoh pejuang Melayu turut hadir sama pada majlis perasmian tersebut. Mereka termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir, mantan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kasim, dan mantan Menteri Penerangan Malaysia Datuk Seri Kadir Sheikh Fadhil.


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment