Saturday, March 20, 2010

KOMPLEKS PEMULIHAN/PEMBANGUNAN WARGA OKU 1MALAYSIA

 

HADIR - tetamu bersama keluarga OKU hadir pada majlis Perletakan Batu Asas Kompleks   Pemulihan/Pembangunan Warga OKU 1Malaysia

BATU RAKIT,  20 MAC – Badan Amal Insan Istimewa Negeri Terengganu (BAIIT) telah dianugerahkan sebidang tanah wakaf seluas hampir 0.5 ekar di Kampung Pengkalan Atap.

Kawasan yang terletak atas tapak Lot 15520/19883 berhampiran pantai akan dijadikan Kompleks Pemulihan/Pembangunan Warga OKU 1Malaysia. telah diwakafkan oleh pemiliknya Encik Saiful Bahrim bin Salleh.

Sempena penyerahan surat anugerah oleh pemiliknya kepada Pengerusi BAIIT, Kapten (B) Encik Saidi bin Kadir, penyampaian sumbangan hamper-hamper dan kerusi roda kepada beberapa orang OKU telah diadakan.

 

PEMILIK TANAH - Encik Saiful Bahrim Salleh (tengah)

Sebelum itu, dalam acara ringkas, Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja (Tengku Ibrahim ibnu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah) selaku Penaung DiRaja kepada BAIIT telah berkenan menandatangan plag perletakan batu asas, kompleks tersebut, pada jam 10.00 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Yang Berhormat Ustaz Khazan bin Che Mat turut hadir bersama Pengerusi-Pengerusi JKKK dalam DUN Batu Rakit. 

Disamping itu, tanah yang bersambung dengan tanah tersebut akan disewakan oleh pemiliknya kepada BAIIT untuk dijadikan kawasan trek latihan sukan paralimpik dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.

Posted by matdolah at 12:57 AM

No comments:

Post a Comment