Saturday, August 7, 2010

SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG 1MALAYSIA 2010 PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

Dari kiri ke kanan:Haji Abdul Majid Muda,Encik Ahmad Ammar Othman,YB Haji Khazan,Encik Sufian Daba dan Ustaz Mohd Ali.



BATU RAKIT- 7HB OGOS 2010. Selepas majlis perasmian peringkat kebangsaan pada 1hb Ogos 2010 baru-baru ini oleh Timbalan Perdana Menteri,hari ini pula telah seluruh daerah di Terengganu telah menjayakan Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 2010 serentak.

Bagi daerah Kuala Terengganu pula Batu Rakit telah dipilih sebagai tempat program ini.

Bertempat di Dataran Bestari program ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku ADUN Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri.


Kain rentang Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang.



Pelbagai acara telah dilakukan oleh pihak Jabatan Penerangan selaku penggerak utama program ini.Program yang bermula jam 8.30 pagi bermula dengan larian merdeka oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Batu Rakit Mengabang Lekor,Komuniti Bestari Wakaf Chagak,Wakaf Tengah dan Bukit Cempaka.Seramai 200 orang peserta telah terlibat dalam larian ini.


YB Haji Khazan Che Mat sedang melekatkan bendera di kenderaan.


Selepas tiba didataran peserta berkumpul untuk memulakan program menaikkan bendera dan bacaan ikrar.Seluruh para tetamu dan vip turut bersama menyanyikan lagu negarku,1malaysia dan Malaysia ku Gemilang.


YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.'

Selepas selesai acara tersebut Ustaz Mohd Ali dari Komuniti Bestari telah diberi tugas memimpin majlis bacaan doa.



Encik Sufian Daba Pegawai Penerangan Negeri Terengganu sedang menyampaikan ucapan.


Selepas majlis bacaan doa Tuan Haji Abdul Majid Muda pula mengambil tempat selaku peserta yang diberi tugas dalam segmen Bicara Tokoh.Dalam ucapan beliau,beliau banyak menceritakan tentang sejarah negara yang dijajah oleh negara eropah pada masa dahulu.Beliau juga meminta agar generasi muda hari ini supay terus mengekalkan kemerdekaan yang ada.Beliau juga menceritakan betapa perjuang-pejuang dahulu sanggup mengadai nyawa demi sebuah kemerdekaan.


Antara kaum Tionghua yang hadir pada program ini.


Bagi Encik Sufian Daba pula yang merupakan Pegawai Penerangan Negeri Terengganu pula beliau menguncapkan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Terimakasih yang tidak terhingga ditujukan kepada YB Haji Khazan Che Mat yang sudi melakukan majlis perasmian program ini.Tidak luppa kepada pihak sekolah yang terlibat dan juga komuniti bistari.Juga kepada pengerusi-pengerusi JKKK yang sudi hadir,Balai Polis Batu Rakit, Rela,APMT Dun Batu Rakit dan semua jawatankuasa yang terlibat.Tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi dari pelbagai pihak program ini tidak akan berjaya..tambahnya lagi.

Tokoh Bicara-Tuan Haji Abdul Majid Muda menyampaikan ceramah.



Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan pula,beliau menyeru supaya setiap lapisan masyrakat agar menjaga bendera dengan sebaik mungkin kerana bendera adalah lambang maruah sesebuah negara.Jangan biarkan bendera itu dibiarkan melata diatas tanah.Beliau juga menyeru agar selepas program ini,semua yang terlibat akan memulakan program pasang bendera di rumah dan juga kenderaan masing-masing.Semoga dengan kempen semarak merdeka ini akan menambahkan lagi sifat sayang kepada negara.Harapan yang ingin dilihat oleh kerajaan agar semua rakyatnya mempunyai sifat kebangsaan yang tinggi dapat ditunaikan.


Ustaz Mohd Ali Pengerusi Komuniti Bestari Bukit Cempaka memimpin bacaan doa.


Peserta program sedang melafazkan bacaan ikrar.



Sebahgian tetamu dikalangan pengerusi JKKK Dun Batu Rakit.



Majlis menaikan bendera dan lagu Negaraku.


Anggota polis dan Rela juga terlibat menjayakan program ini.



Anggota peronda turut bersama menjalankan tugas.



Semangat Jalur Gemilang.



Jalur Gemilang di kibar oleh pelajar-pelajar sekolah yang terlibat.





Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.


SETIU HARI INI



No comments:

Post a Comment