BATU RAKIT-31HB JULAI 2010. Semperna dengan musim durian yang semakin menjadi jadi,JKKK dan KRT Kampung Pecah Rotan telah mengadakan program makan durian disini hari ini. Program yang bermula pada pukul 2.00 petang ini telah berakhir pukul 6.oo petang.
Telah bersama memeriahkan program ini ialah Ahli Parlimen Bahagian Setiu YB Datuk Haji Mohd Jidin bin Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu.
Pegawai dari pejabat Perpaduan Daerah Kuala Terengganu iatu Encik Azilan juga turut hadir.Bagi Pegawai Khas ADUN Batu Rakit Tuan Haji Kamarudin Mohamad pula inilah peluang yang terbaik untuk bersama-sama memeriahkan susana pada musim durian ini.
Bberapa orang Pengerusi JKKK dalam DUN Batu Rakit juga turut bersama hadir bagimemenuhi undangan dari pihak JKKK Pecah Rotan.Tidak ketinggalan Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Setiu iaitu Encik Bazalan Abdul Rahman.
Jawatankuasa JKKK sibuk berbincang sesuatu.
Pertugas sibuk memilih durian untuk dikopek.
Cerita dan Gambar:MAZLAN BIN MUSTAFA.
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment