Thursday, August 5, 2010

IHYA' RAMADHAN DI MASJID BUKIT CEMPAKA

YB Haji Khazan (bebaju kuning),PA DUN Ustaz Kamaruddin Mohamad (tiga dari kiri) dan Pengerusi JKKK Padang Kemunting Zakaria Abd.Rahman (dua dari kiri) sedang mendengar ceramah.


BATU RAKIT-5HB OGOS 2010 Satu program Ihya' Ramadhan telah diadakan di Masjid Bukit Cempaka bagi menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelma tidak lama lagi. Program yang mendapat kerjasama dari Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit ini telah disertai oleh seramai 150 orang jemaah setempat dan ADUN Batu Rakit YB Haji Khazan Che Mat.

Jemaah sedang mendengar ceramah yang disampaikan.

Selepas mengimankan solat maghrib YB Haji Khazan menyampaikan sedikit pesanan untuk para jemaah supaya hadirnya ramadhan nanti akan dapat membawa keberkatan kepada semua umat islam.Beliau juga berharap akan dapat memperbanyakkan lagi program-program keagaman disemua masjid dalam DUN Batu Rakit.

Datuk Haji Embong Awang menyampaikan ceramah.

Program yang bermula selepas solat maghrib ini telah mengundang Ahli Dewan Pangku Diraja Negeri Terengganu iaitu Datuk Haji Embong Awang untuk menyampaikan sedikit ceramah berkenaan fadilat ramadhan. Beliau menyeru agar semua yang semua para jemaah dapat mengerjakan ibadah dengan sebaik mungkin.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan untuk para jemaah.

Program ini juga turut dihadiri oleh pengerusi-pengerusi jkkk setempat,Ketua Penyelaras Pemuda DUN dan jawatankuasanya dan pembantu-pembantu APMT Dun Batu Rakit.

Sebahagian daripada para jemaah termasuk YB Haji Khazan (baju kuning) bersama khusyuk mendengar ceramah.





Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA




SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment