BATU RAKIT – Seramai 58 orang warga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Chagak di bawah Mukim Batu Rakit/Wakaf Chagak telah turut serta dalam perarakan Mauludur Rasul baru-baru ini bersama JKKK lain di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Mereka terdiri pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, remaja dan dewasa.
“Penyertaan seumpama ini, adalah julung kali disertai oleh JKKK Wakaf Chagak.” jelas setiausaha JKKK, Ibrahim Abd Rahman. Semua peserta dikumpul seawal jam 6.00 pagi bertempat depan Dewan Bestari Wakaf Chagak. “Ini terpaksa dilakukan berdasarkan perarakan akan dimulai jam 7.00 pagi di Taman Shahbandar Kuala Terengganu.” sambungnya lagi.
Pihak JKKK telah menyediakan sebuah bas dengan sewaan sebanyak RM500.00 serta 4 keping kain pemidang (banner) bernilai RM280.00. Selain itu sarapan pagi disediakan roti bersama air kotak. Pihak Pejabat Daerah Kuala Terengganu telah menyumbang peruntukan sebanyak RM1,000.00 bagi menampung sebahagian kos.
Kesemua mereka amat gembira walaupun terpaksa berjalan kaki sejauh 2.5 km ke tempat penamat perarakan di Stadium Negeri , Batu Burok, Kuala Terengganu. Ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud telah berkenan menyampaikan titah ucapan sebelum menyampai hadiah.
Sebagai galakan kepada peserta, terutama kanak-kanak sekolah, pihak JKKK membawa ke Pantai Teluk Ketapang untuk menjamu hidangan yang telah dibungkus oleh pihak penganjur. Bagi mereka yang tidak dapat nasi bungkus, seramai 18 orang di bawa ke warung berdekatan. Sedikit sumbangan saguhati kepada kanak-kanak sekolah diuruskan oleh JKKK.
No comments:
Post a Comment