Tuesday, December 3, 2013
JKKK PANTAI BATU RAKIT JOHAN ...
![]() |
JKKK Pantai Batu Rakit bergambar dengan YB ADUN Batu Rakit |

YB Haji Bazlan bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit telah berkenan menyumbang peruntukan sebanyak RM1,500.00 bagi setiap penyertaan JKKK. Pihak penyelaras program telah melantik beberapa orang wakil dari TATIUC dan Giat Mara Batu Rakit sebagai pemantau di setiap lokasi masakan. Program bermula dari seawal pagi hingga kepada tengahari dan petang pada hari berkenaan,

YB ADUN telah bersetuju menyampaikan hadiah kepada pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit sesudah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. JKKK Wakaf Chator dan JKKK Mengabang Panjang telah diistihar tempat kedua dan ketiga.

SETIU HARI INI berita penuh
Monday, December 2, 2013
K1M WAKAF CHAGAK ANJUR KHATAN BAGI KALI KE11


Pengerusi Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak, Haji Mohamad Abdullah, 64 sebelum itu, telah mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang ikhlas menyertai program tahunan ini . Program ini diadakan pada setiap akhir tahun dengan sokongan kerjasama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu serta JKKK dalam kawasan pilihanraya Batu Rakit.
SETIU HARI INI berita penuh
Thursday, September 20, 2012
Merdeka Raya Bersama Pemimpin
PESERTA BERTUAH - Kenangan bersama YB Ahli Parlimen |
YB Dato Hj Mohd Jidin Shafee |
MERANG – Majlis
Merdeka Raya Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Parlimen
Setiu hari ini 20 September 2012 bertempat di Merang Suria Resorts,
Setiu telah mendapat sambutan bukan saja di kalangan anggota APMT setiap
Dewan Undangan Negeri (DUN) bahkan telah dihadiri sama
Pengerusi-Pengerusi JKKK bersama ahlijawatankuasa dalam parlimen Setiu.
Selain itu beberapa orang wakil MCA dan masyarakat Siam, telah turut
hadir sama. Seramai 500 orang hadir meraikan majlis anjuran APMT yang
diketuai Pegawai Penyelia Parlimen, Haji Ismail Saamah.
Ybhg. Haji Ismail Saamah |
Sebelum itu, Pegawai Parlimen APMT Setiu, Haji Ismail Saamah
menyarankan agar semua anggota APMT berkerja penuh dedikasi demi
mempertahankan kerajaan sediada, tanpa mengira siapa calon yang bakal
dipilih oleh pucuk pimpinan parti bila tiba pilihanraya umum ke13 kelak.
Beliau amat berharap dengan perpaduan yang kukuh di kalangan anggota,
insyaAllah apa yang disarankan oleh Pengarah APMT, Haji Roshali Taha
selama ini, segala gerakerja dari masa ke masa akan dapat diuruselia
dengan baik.
SETIU HARI INI berita penuh
Tuesday, September 18, 2012
SEHARI KAKITANGAN IBU PEJABAT DI SETIU
En. Fauzi Muda, Pen. Pengarah |
BATU RAKIT – Seramai 7 orang kakitangan Ibu Pejabat, Agensi
Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), telah turun ke parlimen Setiu
pada 17 September 2012 baru-baru ini. Penolong Pengarah APMT, Fauzi
Muda telah mengetuai rombongan mewakili pengarah. Program ini telah
dirancang oleh pihak Pengarah APMT, Haji Roshali Taha sebagai
tanggungjawab ibu pejabat sambil beramah mesra dengan semua anggota di
bawahnya di setiap parlimen (8 parlimen). Perancangan awal bagi parlimen
Setiu ialah pada 8 Ogos yang lalu, tetapi terpaksa dibatalkan di saat
akhir kerana pertembungan tugas yang tidak dapat dielakkan.
SETIU HARI INI berita penuh
Sambutan Di Luar Jangka ...
BAJU JALUR KELABU - Dr Abdul Wahab Ngah (kanan) |
WAKAF CHAGAK, BATU RAKIT – Mantan
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Dr Mohamad @ Abdul Wahab
Ngah mengucapkan setinggi tahniah di atas kehadiran para tetamu ke
majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia di Dewan Bestari Wakaf
Chagak pada 16 September 2012 baru-baru ini. Beliau yang telah diberi
kesempatan oleh parti selama dua penggal (1990 – 1999) merasa bangga
dengan kehadiran tetamu lebih kurang 1,500 orang, termasuk berbagai
peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa, apabila diberitahu oleh
beberapa jawatankuasa sambutan. Beliau yang pernah menjawat jawatan
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri (EXCO) merasa kagum terhadap
sokongan padu masyarakat yang memungkinkan satu tanda kearah kemenangan
Barisan Nasional di DUN Batu Rakit pada pilihanraya akan datang,
bisiknya kepada beberapa tetamu yang hadir bersama pada majlis tersebut.
Tetamu awal hadir sebaik majlis bermula jam 10.00 pagi ialah Haji Md
Ali Abdullah, Ketua Penyelia, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu
(APMT) DUN Batu Rakit dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Datuk
Haji Abd Rahman Mat Yasin. Majlis anjuran bersama JKKK, Komuniti
1Malaysia dan KRT Wakaf Chagak sebagai aktiviti setiap tahun berakhir
tepat 2.00 petang.
SETIU HARI INI berita penuh
Saturday, August 11, 2012
Ahli Parlimen Bersama K1M
Pengerusi Masjid Assalam Batu Rakit, Hj Muda Abdullah (kanan) |
Beliau berkata program berbuka puasa bersama masyarakat di parlimen Setiu telah diadakan di setiap DUN pada setiap tahun adalah untuk memudahkan beliau bermesra dengan masyarakat tempatan. Pada tahun ini bermula di DUN Jabi pada 8 Ogos 2012, DUN Permaisuri 10 Ogos dan pada 12 Ogos di DUN Langkap. Beliau melahirkan rasa syukur di atas sambutan masyarakat di setiap majlis berbuka puasa walaupun ada pertembungan program pada masa yang sama. Turut hadir mantan wakil rakyat Batu Rakit (1990 –1999) Dr Mohamad @ Abdul Wahab bin Ngah, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar bin Hashim dan Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit.
Semua yang hadir pada majlis berbuka puasa telah diberi kain sarung pelikat sehelai seorang bagi lelaki, manakala bagi kaum ibu dan anak-anak perempuan setiap orang dapat sehelai kain sarung batek.
Kaum Ibu bersama anak berbuka di dalam Dewan Bestari Wakaf Chagak |
Subscribe to:
Posts (Atom)