20hb April 2011. Sejarah untuk Dun Batu Rakit tercipta lagi. Selepas melahirkan pelajar terbaik bagi negeri Terengganu kini giliran Kampung Bukit Wan pula mengharumkan nama Batu Rakit keseluruh Terengganu. Dinobatkan sebagai juara pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu bagi Ketegori Luar Kawasan Operasi telah berjaya dicapai oleh keseluruhan para penduduk Kampung Bukit Wan. Majlis Penyampaian Hadiah yang di lakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Meteri Besar Terengganu berlangsung di Perumahan Awan Kos Rendah Bukit Sawa ini telah menitikkan nokhtah yang terbaik bagi para penduduk Bukit Wan. Usaha dan sikap kerjasama yang dicurahkan amat berbalaoi dan memberikan kegembiraan yang tidak terhingga diwajah-wajah para penduduk Kampung Bukit Wan yang turut hadir pada majlis ini.
Dalam pertandingan ini Kampung Bukit Wan telah disaingi hebat oleh Kampung Tok Dor yang mendapat tempat kedua dan Kampung Tanjung dari Hulu Terengganu mendapat tempat ketiga. Terdapat dua ketegori yang dipertandingkan pada tahun 2010 ini iaitu Ketegori Luar Kawasan Operasi dan Kategori Dalam Kawasan Operasi. Kejayaan dinobatkan juara telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00,geran pembangunan sebanyak RM100,000.00,piala pusingan dan juga lawatan ke Australia.
Bagi tempat kedua pula pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,500.00,geran pembangunan yang bernilai RM75,000.00 dan juga lawatan ke Beijing. Manakala ditempat ketiga pula hadih wang tunai bernilai RM5,000.00,geran pembangunan sebanyak RM50,000.00 dan lawatan ke Sanghai telah dibawa pulang oleh pemenangnya.
Bagi Dun Batu Rakit sebanyak empat lagi JKKK telah berjaya memenangi hadiah saguhati daripada Yang Amat Berhormat Dato'Seri Menteri Besar. Antara JKKK tersebut ialah JKKK Wakaf Chatur,JKKK Padang Polis,JKKK Bukit Nenasi dan juga JKKK RAKR Mengabang Lekur.
Bagi Dun Batu Rakit sebanyak empat lagi JKKK telah berjaya memenangi hadiah saguhati daripada Yang Amat Berhormat Dato'Seri Menteri Besar. Antara JKKK tersebut ialah JKKK Wakaf Chatur,JKKK Padang Polis,JKKK Bukit Nenasi dan juga JKKK RAKR Mengabang Lekur.
Bagi ketegori Dalam Kawasan Operasi pula Perumahan Awan Kos Rendah Bukit Sawa telah berjaya muncul sebagai juara,diikuti JKKK Gutong Luar dari Setiu tempat kedua dan JKKK Medan Jaya dari Marang tempat ketiga. Kesemua penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment