Saturday, April 23, 2011

KURSUS PEMANTAPAN PENERANGAN SETIU



Oleh : Mohamad bin Abdullah
BATU RAKIT, 23 APRIL – Biro Penerangan UMNO Bahagian Setiu buat julung kali telah mengadakan Kursus Pemantapan Komunikasi kepada 100 orang peserta terdiri wakil-wakil Dewan Undangan Negeri Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit bertempat di Banding Lakeside Hotel & Resort, Grik, Perak Darul Ridhwan.

      Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Latif Awang, setiausaha Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu mewakili pengerusi biro berkenaan. Kursus telah berjalan selama 3 hari bermula 21 hingga 23 April yang lalu. Manakala Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyempurnakan majlis penutupan.
     Ketua Penerangan UMNO Setiu, Dato’ Haji Abd Rahman Yasin melahirkan rasa bangga terhadap kehadiran ramai peserta di kalangan pemimpin kanan di semua peringkat termasuk Haji Ismail Saamah, setiausaha UMNO Bahagian dan ahlijawatankuasa bahagian.
SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment