Penduduk dan JKKK Pantai Batu Rakit bersama-sama membersihkan persisiran pantai.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
BATU RAKIT (PANTAI) 15hb April 2011- Hampir 50 orang para penduduk kampung Pantai Batu Rakit telah bersama-sama hadir untuk gotong royong membersihkan persisiran pantai. Kawasan pantai yang dipenuhi sampah kerana ombak besar yang berlaku baru-baru ini. Gotong-royong yang dianjurkan bersama JKKK dan Umno Cawangan ini turut disertai oleh para pemuda. Selain membersihkan persisiran pantai,mengecat wakaf untuk untuk kecantikan juga turut diadakan.
Sampah-sampah yang dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan dalam beg plastik atau dibakar.
Menurut Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit Encik Mohamad Harun, gotong royong seperti ini akan diadakan tiap-tiap bulan sebagai salah satu program JKKK. Ianya juga akan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan untuk para penduduk. Program seperti ini juga banyak membantu sikap kerjasama antara para penduduk dan JKKK. Beliau juga berharap agar akan ada lebih banyak program yang seumpama ini akan diadakan nanti dan mungkin ianya akan berkerjasama dengan jabatan-jabatan dari pihak kerajaan untuk kemudahan penggunaan peralatan.
Pengkalan nelayan menaikkan bot juga turut dibersihkan.
Sepanjang pantai yang dibersihkan oleh para penduduk kampung ianya telah mendapat pujian dari para pengunjung yang hadir untuk beriadah pada hari minggu. Para pengunjung juga melahirkan rasa gembira kerana anak-anak yang dibawa untuk riadah dapat bermain dipantai yang bersih dan menarik. Program gotong royong yang bermula jam 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam 11.00 pagi. Hampir keseluruhan AJK JKKK turut hadir dalam gotong royong ini.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment