Sunday, April 10, 2011

Ramah Mesra bersama Pengarah peringkat Parlimen Setiu.

Barisan APMT Dun Batu Rakit bergambar kenangan bersama Pengarah Tuan Haji Roshali Taha (tiga dari kiri),Penyelia Parlimen Haji Ismail Samah (tiga dari kanan) dan Penolong Pengarah Encik Fauzi Muda (dua dari kanan).

JABI 10hb April 2011- Hampir seluruh Ketua Penyelia,Penyelia dan Pembantu Penyelia APMT Parlimen Setiu telah berkumpul di Dewan Sivik Jabi untuk bersama-sama Pengarah dalam Program Mesra bersama Pengarah peringkat Parlimen Setiu hari ini. Program yang turut menyediakan sesi dailog ini juga telah dihadiri oleh Penyelia APMT Parlimen Tuan Haji Ismail Samah serta Penolong Pengarah APMT Negeri Encik Fauzi Muda.

APMT Dun Langkap bergambar bersama Pengarah.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Penyelia Apmt Parlimen Tuan Haji Ismail Samah, beliau berharap agar para Apmt didalam Parlimen Setiu sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa juga program yang berkaitan dengan parti. Ini kerana menurut beliau, Umno adalah parti yang memerintah dan perlulah tumpuan dengan sepenuh hati diberikan kerana ianya akan memberikan kejayaan pada pilihanraya nanti. Tanpa kesungguhan dan semangat yang tinggi dari pihak Apmt terhadap parti,ianya akan membawa kemusnahan dan kejatuhan Umno nanti untuk terus meneraju negeri. Beliau juga melahirkan rasa gembira diatas kehadiran Pengarah Apmt Negeri dalam program ini kerana ianya akan terus mengukuhkan lagi semangat kerja didalam seluruh Apmt Parlimen Setiu. Ucapan terimakasih juga diberikan kepada seluruh warga Apmt yang hadir pada program ini.

APMT Dun Jabi bergambar kenangan bersama Pengarah.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Apmt Tuan Haji Roshali Taha pula,beliau memohon agar para Apmt akan terus berkerja dengan penuh mantap bagi menghadapi pilihanraya yang ke 13 nanti.Demi memantapkan lagi Apmt untuk terus berjaya dalam menghadapi PRU ke 13 nanti,beliau juga memberitahu telah mengambil seramai 415 orang lagi sebai Apmt untuk diserapkan ke Dun-dun. Tujuan ini adalah untuk meringankan beban kerja yang telah dilakukan oleh para anggota Apmt yang mempunyai pengundi dibawah jagaan beliau lebih daripada 1,000 orang. Dengan penambahan ini beliau berharap agar tugas-tugas rutin yang dilakukan selama ini akan menjadi lebih mudah dan teratur.

APMT Dun Permaisuri bergambar kenangan bersama Pengarah (tiga dari kiri) Penyelia Parlimen (tiga dari kanan) dan Encik Fauzi Muda (dua dari kanan).

Beliau juga berharap agar setiap anggota Apmt dapat berkerjasama dengan sebaik mungkin dalam menjalakan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh pihak Apmt negeri. Sikap kerjasama ini adalah sangat penting demi menjaga imej Apmt dimata masyarakat dan agensi-agensi yang lain."Baik untuk Yang Berhormat Palimen atau Yang Berhormat Adun,sikap kerjasama mestilah diberikan kerana ianya akan menjadi sokongan terhadap kekuatan parti yang memerintah"katanya. Banyak laporan yang beliau terima dari segenap penjuru tentang sikap kerjasama yang tidak diberikan oleh sesetengah Apmt terhadap Yang Berhormat kawasan masing-masing."Ini menunjukkan sikap yang tidak baik utuk kita selaku penyokong bagi sesebuah kerajaan"tambah beliau lagi.

Pembantu APMT Dun Langkap melontarkan pertayaan dalam sesi berdailog dengan Pengarah.

Diakhir ucapan beliau, beliau juga mengharapkan agr para Apmt akan terus berkerja dengan sebaik mungkin dalam menghadapi piliharaya yang ke 13 nanti.Sikap mesra rakyat hendaklah sentiasa diserapkan kedalam diri para Apmt. Berkerja dengan penuh disiplin dan jati diri yang tinggi akan dapat membawa kejayaan suatu hari nanti. "Semoga komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh setiap anggota Apmt akan terus membawa kejayaan kepada Umno sebagai tunjang pemerintah dinegeri ini"tambah beliau mengakhiri ucapan.

Bersama-sama mengaminkan doa sebelum majlis dimulakan.

Dalam program ini juga sesi berdailog dengan pengarah juga turut diadakan. Beberapa pertanyaan tentang masaalah gaji,elaun dan penyelarasan kerja untuk daftar pemilih telah diutarakan kepada pengarah. Program yang bermula jam 9.30 pagi ini telah berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan setiap anggota Apmt disediakan makan tengahari.Sebelum para anggota Apmt keempat Dun dalam Parlimen Setiu menjamah hidangan tengahari,satu majlis bergamabr kenangan bersama pengarah telah diadakan oleh kesemua Dun iaitu Dun Batu Rakit,Dun Jabi,Dun Langkap dan Dun Permaisuri.

Pengarah APMT Negeri Tuan Haji Roshali Taha menyampaikan ucapan.

Penolong Pengarah APMT Negeri Encik Fauzi Muda turut hadir memberi sokongan pada program ini.

Anggota-anggota APMT yang hadir memeriahkan Program Mesra bersama Pengarah.

Sebahagian pembantu APMT dalam Parlimen Setiu yang hadir mendengar ucapan yang disampaikan oleh Pengarah APMT.

Pengarah APMT Tuan Haji Roshali bin Taha (kanan) sedang menikmati jamuan tengahari bersama Penolong Pengarah APMT Encik Fauzi Muda (kiri) dan Penyelia APMT Parlimen Haji Ismail Samah serta para Ketua Penyelia APMT Parlimen Setiu.

APMT Dun Batu Rakit berada dikedai selepas program selesai untuk menjamu sate jabi.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment