Para pemandu-pemandu teksi/kereta sewa dan kakitangan bergambar kenangan bersama Pengurus Besar LSTM Encik Ahmad Ramli Mahmud (duduk empat dari kiri) YB Haji Khazan (lima dari kanan) dan Penolong Pegawai Tadbir SPAD Haji Hasnan Hasyim (emapat dari kanan).
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
17 April 2011- YB Haji Khazan telah merasmikan satu Mesyuarat Agung Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud kali ke 29 sesi 2011/2012. Majlis yang diadakan di Restoran BB Sea Food Garden Gong Badak ini bermula jam 10.45 pagi.Hampir kesemua pemandu-pemandu teksi telah hadir pada mesyuarat agung ini. Mesyuarat yang mempunyai ahli seramai 55 orang ahli ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Syarikat Pengangkutan Awan Darat (SPAD) Haji Hasnan Hasyim dan juga Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LSTM) Encik Ahmad Ramli Mahmud.
Dari kiri ke kanan: Encik Ahmad Ramli Mahmud,Haji Hasnan Hasyim,YB Haji Khazan dan Abu Bakar Yusof
Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau berharap para pemandu teksi dapat menjaga imej yang baik negeri Terengganu. Ini kerana para pemandu teksi adalah orang yang sentiasa ditanya oleh para pelancong berkenaan negeri Terengganu. Dengan maklumat yang tepat diberikan oleh para pemandu teksi,ianya dapat memberikan keyakinan para pelancong terhadap kerajaan yang memerintah. "Imej dan peranan yang dibawa oleh para pemandu teksi banyak menberikan pandangan yang positif atau negetif kepada kerajaan negeri"kata beliau.
Pengerusi Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa Melayu LSTM Encik Abu Bakar Yusuf menyampaikan ucapan alu-aluan.
Beliau juga berharap agar para pemandu teksi tidak terpengaruh dengan apa jua tomohan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati kepada kerajaan. "Sikap yang sentiasa membangkang apa yang dibuat dan tidak bersyukur dengan nikmat kehidupan yang ada akan merosakkan sistem pemerintahan yang ada sekarang"kata beliau lagi. Beliau juga turut mengingatkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat dan sentiasa cakna terhadap para pemandu teksi di Terengganu.
Encik Ahmad Ramli Mahmud Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LSTM) menyampaikan ucapan.
Beliau juga menguncapkan tahniah kepada Persatuan Pemandu-pemandu teksi kerana telah berjaya mendapatkan sebidang tanah untuk didirikan sebuah bangunan yang akan menjadi pejabat resmi nanti. Dengan adanya pejabat sendiri nanti beliau berharap Persatuan Pemandu Teksi LSTM akan lebih berdaya saing untuk menjana pendapatan yang lebih baik.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment