Friday, April 29, 2011

Santai JKKK Tanjung....

Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Haji Wan Sulaiman Wan Muda (berkopiah) bersama isteri turut hadir untuk bersama-sama penduduk Kampung Tanjung.

BATU RAKIT (TANJUNG) Satu Majlis Santai JKKK Kampung Tanjung bersama para penduduk untuk menikmati hidangan ayam,ikan dan sotong bakar telah berjaya diadakan di Taman Rekreasi Mengabang Kapal baru-baru ini. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang telah berjaya menarik hampir 150 orang para penduduk untuk keluar bersama-sama AJK JKKK menikmati hidangan tersebut.

Pengerusi JKKK Tanjung Abu Bakar (berkopiah) sedang berbual dengan tetamu yang datang.

Majlis yang diadakan sempena Program Kesedaran Alam Sekitar pada sebelah pagi, turut dihadiri oleh Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Haji Wan Sulaiman Wan Muda dan isteri,Penghulu Mukim Batu Rakit (Wakaf Chagak/Pulau Redang) Mohd Zamari Abu Zih,Penghulu Mukim Batu Rakit (Wakaf Tengah) Mohd Zazarin Abdul Ghani dan juga Sarjan Mat dari IPD.

Penghulu Mukim Batu Rakit (Wakaf Chagak/Pulau Redang) Mohd Zamari Abu Zih (duduk) bersama Penghulu Mukim Batu Rakit (Wakaf Tengah) Mohd Zazarin Abdul Ghani turut bersama hadir menjayakan majlis ini.

Menurut Pengerusi JKKK Tanjung Abu Bakar Md.Amin (Pok Bakar),majlis ini diadakan adalah untuk meraikan usaha JKKK yang selama ini bertungkus lumus mencakna kampung untuk para penduduk. Sikap dan kerjasama yang ditunjukkan amatlah dihargai demi perpaduan untuk semua antara JKKK dan juga masyarakat kampung."Ianya juga diharapkan dapat membentuk sikap kerjasama yang berterusan antara pejabat daerah dengan JKKK Kampung Tanjung"tambah beliau lagi.

AJK JKKK sedang membakar ayam sebelum dihidangkan.

Para penduduk kampung turut bersama memeriahkan program santai JKKK Kampung Tanjung.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment