Tuesday, April 26, 2011

Bantuan Pakaian Sekolah Dun Batu Rakit 2011

Para ibubapa beratur untuk mengambil duit batuan pakaian sekolah dari pegawai-pegawai Agro Bank.

BATU RAKIT 24-25hb April 2011- Selama dua hari berturut-turut Pusat Khidamat Masyarakat Dun Batu Rakit berkerjasama dengan APMT Dun,Agro Bank dan Balai Polis Batu Rakit dalam program pengagihan Bantuan Pakaian Sekolah Dun Batu Rakit 2011. Majlis penyampaian ini telah diadakan di tiga tempat iaitu Dewan Sivik Pantai Batu Rakit,Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras dan Balairaya Kampung Baru Pulau Redang.

Pegawai bank menghulur duit yang telah ditukarkan dengan baucer.

Seramai 1,673 orang penjaga telah menerima bantuan ini. Manakala para pelajar yang diwakili oleh para penjaga ini pula berjumlah 2,766 orang. Seramai 1.233 orang untuk pelajar sekolah rendah dan 1.533 orang pula pelajar sekolah menengah. Jumlah keseluruhan para pelajar ialah seramai 2,766 orang.

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad menerangkan sesuatu kepada penerima Bantuan Pakaian Sekolah di Balairaya Kampung Baru Pulau Redang.

Sementara itu bagi Kampung Pulau Redang pula seramai 148 orang penjaga yang mewakili pelajar seramai 252 orang telah menerima bantuan ini.Majlis yang diadakan pada pukul 12.00 tengahari ini meliputi seramai 122 orang pelajar sekolah rendah dan 130 orang pelajar sekolah menengah. Manakala duit yang telah diperuntukkan untuk program ini di Dun Batu Rakit ilah sebanyak RM276,600.Sebanyak RM 153,300 untuk pelajar sekolah menengah dan RM123,300 untuk pelajar sekolah rendah.

Para penerima baucer yang hadir di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras sedang mendengar taklimat.

Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini juga telah dihadiri oleh kesemua Pengerusi JKKK didalam Dun Batu Rakit sebagai petugas untuk mengesahkan mereka yang hadir adalah pemohon yang sebenar.

Para penduduk Kampung Baru Pulau Redang berkumpul untuk menukar baucer dengan wang tunai.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Khas Pejabat Penerangan Agama Negeri Encik Haniff Abdullah (gambar kecil) beliau berharap agar para ibubapa yang menerima bantuan pakaian sekolah ini dapat menggunakan duit yang diberi untuk kepentingaan pelajaran manak-anak mereka. Beliau juga mengingatkan para ibubapa betapa kerajaan yang ada sekarang terlalu mengambil berat pada pelajaran dengan sentiasa membelanjakan berbilion ringgit untuk melihat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Pegawai-pegawai (kanan) yang bertugas sedang menyemak baucer para penerima bantuan.

Beliau juga mengharap agar para ibubapa sentiasa bersyukur dengan segala kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan." Terlalu banyak bantuan yang disalurkan demi melihat rakyat sentiasa menikmati segala kemudahan yang ada. Ini bertetapan dengan slogan yang dilaungkan oleh kerajaan iaitu merakyatkan pentadbiran dan pembangunan" kata beliau.

Para penerima bantuan yang hadir di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit.

Beliau mengharapkan agar kerajaan yang sedia ada hendaklah dikekalkan kerana tiada lagi kerajaan yang dapat membela serta menjaga segala kesusahan rakyat seperti mana yang dilakukan kini. "Kehidupan yang dulu susah kini telah berubah wajah kerana segalanya dibawa oleh kerajaan yang memerintah kini" tambah beliau lagi.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment