Saturday, April 2, 2011

Santai petani Pecah Rotan bersama YB...(walkabout)

YB Haji Khazan ( dua dari kiri) sedang mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh para petani tentang buah tembikai yang telah ditenggelami air.

BATU RAKIT (PECAH ROTAN) 2hb April 2011- APMT Dun Batu Rakit telah berjaya mengadakan satu Program Walkabout para petani bersama YB Haji Khazan Che Mat di Kampung Pecah Rotan.Program yang berkonsepkan santai dan ringan ini telah berjaya dihadiri oleh 150 orang para petani dan penduduk kampung.

Melihat sendiri kemusnahan tanaman tembikai yang telah ditenggelami air baru-baru ini.

Dalam program ini juga YB Haji Khazan telah mengambil peluang untuk melihat sendiri kemusnahan buah tembikai yang telah ditenggelami air baru-baru ini. Dengan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM380,000.00,hampir 70 ekar tanaman tembikai telah ditenggelami air.

Buah tembikai yang telah musnah dan tidak sempat untuk diselamatkan semasa hujan lebat baru-baru ini.

Selaku penganjur kepada program ini APMT Dun Batu Rakit telah menyediakan masakan nasi untuk dimakan bersama-sama dengan Yang Berhormat dan para petani. Dan kesempatan pada program ini juga Yang Berhomat telah bersama-sama para petani untuk turun ke kebun tembikai melihat sendiri buah-buah tembikai yang telah musnah.

YB dan Pegawai Pertanian menunjukkan isi tembikai yang tidak boleh lagi dimakan kerana dimasuki air.

Dalam ucapan perhargaan kepada APMT Dun Batu Rakit selaku penggerak program ini,YB Haji Khazan juga turut memaklumkan kepada para petani beliau akan cuba untuk mencari bantuan daripada Tabung Darul Iman untuk diberikan kepada para petani sebagai ganti rugi terhadapa musibah yang menimpa baru-baru ini.Beliau juga merasa simpati terhadap nasib yang menimpa para petani yang mengalami kerugian.

Para petani dan YB Haji Khazan (duduk 2 dari kiri) melihat buah-buah tembikai yang sudah tidak boleh dimakan lagi.

Sempena program ini juga pihak APMT Dun telah menyediakan lima hamper untuk diberikan kepada para petani veteran diatas kesungguhan mereka mengerjakan tanaman kontang ini.Sikap yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha telah menjadikan mereka contoh yang perlu diikuti oleh golongan belia.

Sebahagian para petani yang hadir untuk bersama YB Haji Khazan.

Program yang bermula jam 2.30 petang ini juga telah dihadiri oleh Pengerusi JKKK Pecah Rotan,Pengerusi JKKK dan Ketua Cawangan Terap Pecah Rotan,wakil Balai Polis Batu Rakit,Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Haji Kamarudin Mohamad,Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Encik Nazri Mamat,wartawan Sinar Harian dan NSTP dan juga para penduduk sekitar.

YB Haji Khazan sedang menyampaikan ucapan perhargaan.

YB Haji Khazan (kiri) menyampaikan hamper kepada salah seorang petani warga emas.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

1 comment:

  1. abih woh timun masuk air...rugi parok ni. mungkin ade hikmah di sebalik kejadian :)tahniah YB kerana prihatin ke anok2 buah.....

    ReplyDelete