BATU RAKIT (TANJUNG) 9hb April 2011- Seramai 45 pelajar jurusan Digree Sains Pembangunan Sumber Manusia (HRDC) Universiti Teknologi Malaysia yang juga mengandungi 19 pelajar dari negara China telah melakukan Kembara Mahasiswa selama dua hari dua malam di Terengganu dan Kelantan.Program yang pertama kali diadakan oleh pelajar-pelajar tahun dua UTM ini telah singgah di Kampung Tanjung untuk menghayati dengan lebih dekat suasana kehidupan kampung juga turut diiringi oleh 2 orang guru pengiring.
Menurut Cik Nor Syazawani Abd. Rahim yang bertindak selaku Pengarah Program,tujuan Kembara Mahasiswa ini adalah untuk mengenali suasana kehidupan kampung dengan lebih dekat. "Disamping itu ianya juga untuk memperkenalkan budaya dan persekitaran kampung kepada para pelajar luar negara yang turut hadir bersama didalam program ini. Dengan cara lawatan sebegini kita akan dapat memberikan ilmu yang lebih bermakna agar mereka lebih memahami dan mengetahui dengan lebih dekat apa yang dirasai dan dialami oleh para penduduk kampung"katanya.
Semasa berada dikampung Tanjung para pelajar juga telah dibawa melawat ke bengkel keropok Sri Tanjung untuk melihat cara-cara memproses keropok lekor dan juga menikmatinya. Para pelajar juga turut diberi penerangan bagaimana proses membuat keropok itu bermula sehingga ianya dapat disajikan sebagai makanan.Para pelajar juga telah dibawa melawat perkampungan nelayan dan juga tempat-tempat bersejarah peninggalan Bandar Batu Rakit dahulu.
Sementara itu dalam ucapan alu-alauan oleh Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,beliau menyampaikan salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit kerana tidak dapat hadir pada program ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Beliau juga turut merasakan rasa terkhilaf kerana tidak dapat menyediakan sumbangan untuk para pelajar bagi dibawa pulang sebagai tanda kenangan. Beliau juga berharap agar lawatan yang singkat ini juga akan dapat memberikan sedikit ilmu yang baik untuk dibawa pulang bersama-sama nanti.
Beliau juga berharap agar para pelajar dapat melihat dengan sendiri cara penduduk kampung mencari rezeki dan kesan-kesan sejarah yang pernah ditinggalkan semasa Batu Rakit melalui zaman gemilang sebagai sebuah pekan yang maju dahulu. Beliau juga turut memaklumkan bahawa Batu Rakit kini telah menjadi tempat para pelajar pusat pengajian tinggi melakukan aktiviti-aktiviti luar mereka."Banyak universiti seperti UKM,UMT,UNIsZA,USM menjadikan Batu Rakit ini sebagai tempat untuk mereka melakukan aktiviti luar seperti program gotong-royong ataupun anak angkat"katanya.
Sementara itu bagi Pengerusi JKKK Kampung Tanjung Encik A Bakar @ Md Amin bin Ali,beliau merasa cukup bangga dengan kehadiran para pelajar UTM ini. Beliau berharap dengan kehadiran para pelajar ini ianya akan dapat memperkenalkan lagi nama Batu Rakit ini kepada pelajar-pelajar yang lain. "Dengan lawatan seperti ini ianya akan dapat memberikan maklumat yang tepat kepada para pelajar tentang sejarah Batu Rakit"tambah beliau lagi
Pengarah Program Cik Nor Syazawani Abd.Rahim
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
No comments:
Post a Comment