Monday, April 11, 2011

Camping Kemasyarakat Terengganu- UniKL

Para pelajar UniKL dan Timbalan Pengerusi JKKK Mengabang Lekur Haji Awang Koding (tujuh dari kanan) bergambar kenangan.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKUR) 10hb April 2011- Bagi mendekati masyarakat kampung dan juga menyemai rasa kasih sayang kepada warga tua,OKU dan juga warga miskin,Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institut (UniKL) di bawah Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) telah menjalakan satu Program Camping Kemasyarakat Terengganu di Mengabang Lekor hari ini.

Melawat warga emas yang berumur 107 tahun Ngah binti Abdullah dan menyampaikan sumbangan.

Program yang bertujuan mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat kampung ini telah disertai seramai 40 orang pelajar dan juga 2 orang guru pengiring. Camping yang diadakan selama dua hari bermula pada 8hb telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari JKKK Mengabang Lekur. Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memenuhi matlamat Camping Kemasyarakatan Terengganu ini.

Pengarah Program Operasi Khidmat Masyarakat
Encik Mohd Mahizan Mohd Noor


Guru Pengiring Encik Azrul Hisyam Abd. Rahman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Sulong Yusof 88 tahun.

Menurut Encik Mohd Mahizan Mohd Nor yang bertindak selaku Pengarah Program, aktiviti ini merupakan salah satu cara daripada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat.Disamping itu juga ianya dapat mendidik sifat kasih sayang dari mahasiswa kepada mereka yang memerlukan. "Dengan program-program sebegini,para pelajar akan sentiasa terdedah kepada sifat-sifat yang mulia apabila keluar dari UniKL nanti" katanya. Antara aktiviti yang diadakan bagi memenuhi pengisian program camping masyarakat ini ialah gotong-royong ditanah perkuburan Mengabang Lekur dan juga lawatan dan sumbangan kepada warga emas,OKU dan juga warga miskin. Seramai 8 orang dari golongan tersebut telah dipilih untuk diberikan sumbangan. Encik Mohd Mahizan juga turut mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh JKKK Mengabang Lekur.

Chik binti Mohamad 90 tahun turut dirai dan diberikan sumbangan oleh para pelajar UniKL.

Sementara itu bagi Timbalan Pengerusi JKKK Mengabang Lekur Haji Awang Koding,beliau amat berbangga dengan program yang dilakukan oleh para pelajar UniKL ini."Sikap ingin mendekati masyarakat kampung pasti akan dapat memberikan ilmu yang berguna kepada mereka apabila mereka melangkah keluar dari UniKL nanti. Ini akan membantu mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik lagi"kata Haji Awang Koding. Beliau juga merasa bangga kerana dapat membantu para mahasiswa ini menjayakan aktiviti mereka. Beliau juga berharap program-program seumpama ini akan terus disusun atur oleh pihak Universiti demi kebaikan pelajar-pelajar semua.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment