Wednesday, October 19, 2011

YB Masuk Kampung (Ziarah pesakit)

YB Haji Khazan (depan) menyampaikan cek sumbangan Tabung Darul Iman (TDI) kepada Zaharah binti Debok 77 tahun yang mengalami sakit angin ahmar.

BATU RAKIT (KUBUR TIMAH) 20hb Oktober 2011- Dalam kesibukkan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri,selaku Adun Batu Rakit YB Haji Khazan Che Mat sentiasa turun padang untuk menyelami dan melihat sendiri apa yang diperlukan dan dialami olah para penduduk.Sikap dan tanggungjawab ini merapatkan lagi beliau dengan segenap lapisan masyarakat di Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan (berbaju biru) dan Haji Kamaruddin Mohd (berbaju merah) berbincang sesuatu dengan adik pesakit (kiri).

Pesakit angin ahmar yang juga seorang OKU Zaharah binti Debok 77 tahun telah dikunjungi oleh YB Haji Khazan sempena Program YB Turun Padang hari ini. Beliau yang telah mengalami sakit angin ahmar 10 tahun lepas terlantar di atas katil. Menurut Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Haji Kamaruddin Mohd,program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk lebih mendekatkan YB dengan rakyat. Dalam masa yang sama juga YB Haji Khazan turut menyampaikan cek sumbangan Tabung Darul Iman (TDI) kepada Zaharah sebanyak RM1,400.00.Turut bersama pada program ini Pengerusi JKKK Kampung Kubur Timah Haji Othman Awang Chik.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment