Monday, October 3, 2011

Kerajaan Kebajikan sudah ada...

YAB.Dato'Seri Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu menyampaikan e-Book untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Dun Batu Rakit sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan Che Mat (dua dari kanan) Adun Batu Rakit dan isteri Puan Hajah Nik Aini Nik Soh (kanan sekali).

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 3hb Oktober 2011- " Kerajaan Barisan Nasional telah lama mengadakan negara kebajikkan,untuk apa lagi pihak pembangkang mahu menubuhkan negara kebajikkan? Apakah selama ini kerajaan Barisan Nasional tidak perihatin kepada masaalah dan kebajikkan rakyat?" tanya Menteri Besar Terengganu kepada seluruh ibubapa yang hadir di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur,Maras Batu Rakit hari ini.Beliau berkata bahawa kerajaan UMNO atau Barisan Nasional sentiasa memainkan peranan didalam menjaga kebajikkan rakyat yang memerlukan. Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan untuk dinikmati oleh rakyat samada dari segi pendidikkan,pertanian dan pelbagai kemudahan infrastruktur."Kerajaan tidak pernah menipu rakyat dan kerajaan sentiasa mengambil cakna apa saja keperluan yang diperlukan oleh rakyat demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat"kata beliau.

Tetamu-tetamu jemputan dan para ibubapa sedang mendengar ucapan yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar.

"Kita sentiasa membantu dan memberi segala yang diperlukan demi melihat rakyat berjaya dan maju. Kita mahu rakyat sentiasa merasai nikmat yang diperolehi oleh negara hasil kebijaksanaan pemerintah.Maka kita sentiasa menjaga dan cuba sedaya upaya memenuhi segala tuntutan rakyat"kata beliau. Menteri Besar juga turut memberitahu bahawa setiap tahun sebanyak RM31 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk pendidikkan demi menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri Anjung Ilmu. "Dari pelajar yang menduduki UPSR,PMR,SPM dan STPM semuanya kita bantu dan beri sumbangan kewangan untuk mereka-mereka menduduki peperiksaan.Begitu juga dengan pelajar yang memohon ke Universiti,kita sentiasa menyalurkan bantuan untuk mereka demi meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa"ujar beliau lagi.
Beliau turut berharap agar para ibubapa yang hadir,agar sentiasa bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang dikecapi hasil dari kebijaksanaan pemerintah."Tanpa pemerintah yang berilmu dan hanya tahu bercakap sahaja,sesebuah negara tidak akan berkembang dan maju.Dan untuk melahirkan para pelajar yang berilmu,kita telah merancang pelbagai perkara untuk mereka agar suatu hari nanti mereka akan dapat menjadi pemimpin yang terbilang" kata beliau lagi.
Dalam pada itu,Dato'Seri Menteri Besar turut menyelar sikap parti pembangkang hanya tahu bercakap tanpa menyelidiki dengan secara telus setiap program atau bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan. Beliau turut menyeru agar para hadirin yang hadir agar tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disebarkan oleh pihak pembangkang."Pembangkang ini hanya tahu bercakap tapi tidak pandai buat,dan ini telah terjadi pada tahun 1999 dahulu.Apa yang dijanjikan tidak satu pun dapat ditunaikan." tambah beliau. "Ingatlah,kita akan jadi semakin mundur,negara akan jadi kacau bilau bila pembangkang memerintah negara ini.Jadikan pilihanraya tahun 1999 sebagai pedoman dan janganlah pisang berbuah dua kali demi kesejahteraan negara yang kita cintai.Jangan yang dikejar tidak dapat tapi yang dikendong berciciran" akhir beliau sambil sekalung ucapan terima kasih diberikan kepada YB Haji Khazan dan seluruh warga kerja yang menjayakan majlis ini.
Beliau berucap dihadapan hampir 1,500 orang yang hadir pada Majlis Pembahagian e-Book Sekolah-Sekolah Dun Batu Rakit serta Penyerahan Geran Tanah untuk penduduk Dun Batu Rakit. Sebanyak 8 buah sekolah dan 444 pelajar tahun 4 menerima e-Book daripada Menteri Besar di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras Batu Rakit. Sementara itu pula seramai 105 orang daripada 158 orang penerima geran tanah telah hadir untuk menerima geran mereka dari YAB.Dato'Seri Haji Ahmad bin Said.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment