Monday, October 24, 2011

Jamuan Tengahari JHEAT bersama Adun Batu Rakit.

YB Haji Khazan (tiga sebelah kiri) bersama-sama para Pegawai JHEAT sedang mengambil hidangan untuk dinikmati bersama pada Jamuan Tengahari bersama YB Dun Batu Rakit sempena Program Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Turun Padang ke Daerah Kuala Terengganu.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 21hb Oktober 2011- Sebagai majlis penutup Program Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Turun Padang ke Daerah Kuala Terengganu,satu jamuan tengahari bersama YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit dan para kariah masjid telah diadakan di Masjid As-Salam Batu Rakit.

YB Haji Khazan turut menjamah nasi yang dihidangkan.

Jamuan yang diadakan selepas menunaikan solat Jumaat ini telah dihadiri oleh 1,000 orang kariah yang terdiri dari para penduduk kampung,para pelajar sekolah dan juga Jabatan-Jabatan Kerajaan sekitar Masjid As-Salam.Hampir semua badan-badan penggerak utama didalam Dun Batu Rakit seperti Wanita dan Puteri Umno,Ketua-Ketua Cawangan dan Pengerusi-Pengerusi JKKK turun membantu Jawatankuasa Masjid As-Salam untuk memasak yang diadakan secara bergotong-royong.

Para Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sedang mengambil jamuan untuk dinikmati.

Majlis jamuan ini turut juga disokong sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit sebagai peneraju utama pada program ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masjid As-Salam Haji Muda Abdullah,beliau amat berpuas hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh seluruh pertubuhan utama di Dun Batu Rakit."Tanpa sokongan dari semua pihak kita tidak akan berjaya untuk mengadakan program-program yang besar seperti ini"kata beliau lagi.

Para pelajar Maktab Rendah Sains Mara turut menikmati jamuan tengahari.

Jemaah Masjid As-Salam menikmati hidangan tengahari.

Dalam pada itu pula bagi Haji Kamaruddin Mohd selaku Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,beliau amat berpuas hati dengan segala sambutan dan sokongan yang telah diberikan oleh seluruh penduduk Dun Batu Rakit semasa program turun padang ini berjalan. Sikap kemesraan dan saling bantu membantu banyak melicinkan segala perjalanan program yang dirancang. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada JHEAT kerana memilih Dun Batu Rakit sebagai tempat program mereka kali ke lima di seluruh Terengganu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment