BATU RAKIT, 2 Oktober 2011 – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tanjong, dekat sini telah berjaya mengadakan himpunan masyarakat tempatan seramai 200 orang dalam projek memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung alam sekitar baru-baru ini. Program Kesedaran Alam Sekitar bagi kali kedua adalah hasil sokongan pihak kerajaan negeri melalui agensi Jabatan Perhutanan Daerah Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.
SEMANGAT - anak yatim/fakir miskin |
Pengerusi JKKK Tanjong, Abu Bakar @ Md Amin Ali berkata, “seramai 90 orang penghuni Asrama Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar Kg Mengabang Kapal, Batu Rakit telah dapat turut serta sebagaimana biasa setiapkali program anjuran JKKK diadakan.”
TANAM anak pokok |
“Program pada kali ini, semua peserta berkesempatan menanam pokok-pokok rhu, kundang dan rawang di kiri-kanan jalan raya sepanjang 1 kilometer bermula dari kawasan rekreasi Kg Tanjong hingga ke sempadan JKKK Mengabang Telong, Tepoh.” jelas beliau seterusnya.
Harapan beliau masyarakat tempatan dapat menjaga dengan sempurna pokok-pokok tanaman agar menampakkan keceriaan di laluan pantai ke Kuala Terengganu selain sebagai teduhan sepanjang jalan berkenaan. Pada sebelah tengahari, kumpulan yang terlibat dengan projek ini telah diberi makan tengahari.
Turut hadir pada majlis tersebut Penghulu Kanan, Wan Sulaiman, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin, Penghulu Mukim Gelugor, Wan Halim, Penghulu Mukim Batu Rakit/Wakaf Tengah, Zazarin dan Penghulu Mukim Bandar, Zamari Abu Sih.
Turut hadir pada majlis tersebut Penghulu Kanan, Wan Sulaiman, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin, Penghulu Mukim Gelugor, Wan Halim, Penghulu Mukim Batu Rakit/Wakaf Tengah, Zazarin dan Penghulu Mukim Bandar, Zamari Abu Sih.
No comments:
Post a Comment