Thursday, October 13, 2011

Siswa Bestari menabur Bakti Kepada Masyarakat di Bukit Wan.

Pelajar-pelajar Kolej Teknologi Bestari,Para Pegawai Kolej,JKKK Bukit Wan,Penghulu Mukim Batu Raki/Bukit Chempaka dan wakil Balai Polis Batu Rakit merakam kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (tengah bersongkok) selepas perasmian Program Bakti Siswa dan penyerahan anak angkat.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 13hb Oktober 2011-"Untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan sentiasa maju untuk terus bersaing pada era globalisasi,kecemerlangan didalam bidang akedemik sahaja tidak cukup untuk berjaya kearah itu,pelajar perlu keluar dari bilik kuliah dan menyelami kehidupan masyarakat kerana iannya akan menjadi panduan yang berguna suatu hari nanti" demikian ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat sempena Perasmian Program Bakti Siswa Kolej Teknologi Bestari di Pusat KRT Bukit Wan.Beliau berkata,program-program yang memerlukan pelajar keluar dan bergaul dengan masyarakat adalah amat penting untuk menjadikan para pelajar lebih bermotivasi.

YB Haji Khazan menandatangani sijil perhargaan sambil diperhatikan oleh Encik Ahmad Suhaili.

"Dengan peluang yang ada untuk menghayati kehidupan masyarakat,ianya sedikit sebanyak akan mematangkan para pelajar apabila keluar dari kolej nanti dan seterusnya menjadikan pengalaman itu sesuatu yang bernilai sebagai panduan hidup"tambah beliau lagi. Beliau turut mengingatkan agar para pelajar sentiasa menanam rasa cinta dan suka untuk terus belajar.Kehidupan pada masa akan datang menurut beliau lagi amat mencabar dan dunia akan datang hanya memerlukan yang terbaik bagi segala aspek pekerjaan.

Encik Ahmad Suhaili (dua dari kanan) merakam kenangan gimik penyerahan anak angkat kepada Pengerusi JKKK Bukit Wan bersama YB Haji Khazan Che Mat (kanan).

Bagi beliau,pengalaman didalam satu kehidupan masyarakat adalah salah satu proses pembelajaran yang tidak diajar dimana-mana tempat di pusat pengajian. "Ianya hanya ada apabila kita bergaul dengan masyarakat dan menyelami kehidupan mereka" ujar beliau.

YB Haji Khazan menerima cenderahati daripada Penolong Pegawai Esekutif Kolej Bestari Encik Ahmad Suhaili (kanan).

Sementara itu didalam ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Penasihat Program Encik Mohd Zubaidi Abdul Samad pula,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YB Haji Khazan,JKKK Bukit Wan dan seluruh warga kerja yang terlibat nmenjayakan Program Bakti Siswa. "Tanpa sokongan yang jitu kita tidak akan berjaya menjayakan program ini dengan sebaik mungkin"kata beliau. Beliau turut berharap agar para ibubapa yang menerima anak-anak angkat dikalangan pelajar akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan.Kepada para pelajar beliau turut menasihati agar sentiasa belajar dari pengalaman yang diperolehi untuk terus berjaya.

Para ibubapa yang akan menerima anak-anak angkat.

Selapas majlis perasmian program,satu majlis penyerahan anak-anak angkat dikalangan pelajar untuk penduduk kampung Bukit Wan juga telah dilaksanakan oleh YB Haji Khazan. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri dari 12 lelaki dan 28 perempuan telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Pelajar Kolej Teknologi Bestari seramai 40 orang yang akan menjadi anak angkat kepada sebahagian ibubapa di Kampung Bukit Wan.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chek Harun pula,beliau memaklumkan bahawa program anak angkat oleh Kolej Teknologi Bestari ini adalah yang ke lapan diterima oleh pihak JKKK Bukit Wan. "Banyak juga permohonan dari pusat-pusat pengajian tinggi yang terpaksa kami tolak kerana bertindih dengan pemohonan yang telah dilakukan oleh pihak terdahulu"kata beliau.Beliau juga memohon agar para ibubapa angkat agar dapat menjaga para pelajar dengan sebaik-baiknya. Mengakhiri ucapan beliau,ucapan terima kasih kepada YB Haji Khazan turut diberi kerana sentiasa menyokong setiap program yang dijalankan oleh JKKK Bukit Wan.

Huruf condongYB Haji Khazan menyampaikan ucapan kepada pelajar dan ibubapa angkat.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang ini turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan juga APMT Dun Batu Rakit.Menurut Encik Ambak Ismail selaku Setiausaha JKKK Bukit Wan yang juga urusetia bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa,pelbagai aktiviti telah disusun untuk para pelajar sepanjang mereka menginap dengan keluarga angkat.Aktiviti gotong-royong membersih perkarangan masjid dan tanah perkuburan,kujungan kerumah-rumah warga emas dan orang kurang upaya,tazkirah dan solat berjemaah serta sukan rakyat bersama penduduk kampung. Program Bakti Siswa ini akan diadakan selama tiga hari berakhir pada 15hb Oktober 2011.

Barisan Ajk JKKK Bukit Wan dan para Pegawai Kolej Teknologi Bestari.

Kehadiran YB Haji Khazan (dua dari kanan) disambut oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka (tiga dari kiri),Pengerusi JKKK Bukit Wan (kanan sekali) dan Pegawai-Pegawai Kolej Teknologi Bestari.

Para pelajar Kolej Teknologi Bestari berjalan masuk ke Dewan Pusat KRT Bukit Wan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment