Pelajar menerima e-Book dari YB Haji Khazan Che Mat (tengah) sambil diperhatikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu Haji Nawawi Wan Sulaiman (dua dari kanan) dan Pegawai PPD Setiu Encik Suhaimi Zakaria (kanan sekali) serta bapa pelajar (kiri) dalam Majlis Penyerahan e-Book Pelajar Tahun 4 SRK Pulau Redang.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
BATU RAKIT (PULAU REDANG) 4hb Oktober 2011- Seramai 25 orang para pelajar tahun 4 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Redang telah menerima e-Book hari ini,dalam satu Majlis Penyerahan e-Book Tahun 4 yang dilakukan di Dewan Teratai sekolah tersebut. Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga Adun Batu Rakit YB Haji Khazan Che Mat ini telah bermula pada jam 10.30 pagi.Dalam majlis ini juga para ibubapa turut hadir untuk memberi sokongan moral ke anak-anak meraka.
Ibubapa pelajar turut menemani para pelajar menaiki pentas untuk menerima e-Book.
Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Setiu Encik Suhaimi Zakaria,beliau mengucapkan terima kasaih kepada YB Adun kerana sudi turun padang untuk menyerikan majlis penyerahan e-Book di Pulau Redang.Ucapan terima kasih juga beliau panjatkan kepada kerajaan negeri yang telah memberikan segala kemudahan untuk para pelajar agar menjadi celik IT. Beliau turut berharap agar para pelajar akan mengunakan segala kemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin.
Para ibubapa dan pelajar mendengar ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.
Sementara itu didalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan pula,beliau berharap dengan pemberian e-Book oleh kerajaan negeri ini akan menjadikan para pelajar lebih bermotivasi dan sentiasa maju kehadapan. Menurut beliau, dunia sekarang seolah-olah berada dihujung jari,setiap perkara yang dilakukan kini banyak menggunakan teknologi IT."Kehidupan kini telah jauh berubah dengan zaman dahulu,jika dahulu kita tidak tahu apa yang berlaku diluar jika kita tidak membaca suratkhabar,tapi kini,kita hanya menekan dengan jari sahaja dan segala maklumat diseluruh dunia akan kita ketahui" kata beliau."Sistem perhubungan antara jabatan-jabatan kini telah banyak menggunakan IT dan ini akan menjadikan kita atau genarasi akan datang kena belajar cara-cara menggunakan IT atau komputer" tambah beliau lagi. Untuk mengatasi masaalah agar tiada pelajar yang tidak tahu menggunakan komputer pada masa akan datang,kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membekalkan e-Book kepada seluruh para pelajar di Terengganu.Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan agar para pelajar dapat menggunakan segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin.Kepada para ibubapa beliau turut berharap agar sentiasa memantau apa yang dilakukan oleh anak-anak agar mereka akan terus berjaya nanti.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment