YB Haji Khazan (kanan) menyampaikan sedikit sumbangan kepada Haji Abdul Karim Ibrahim sempena program YB Ziarah Jemaah Haji di Kampung Hilir Darat Batu Rakit.
BATU RAKIT (HILIR DARAT) 15hb Oktober 2011- Walaupun tidak bersama pada Perjumpaan Ramah Mesra dan Jamuan Tengahari bersama Bakal Jemaah Haji di Restoran Seriwangsa Gong Badak baru-baru ini,namun ianya bukan penghalang untuk bertemu mata kembali dengan YB Haji Khazan Che Mat sebelum berangkat ke Tanah Suci. Dengan inesitif dan sedikit masa yang terluang,YB Haji Khazan sendiri telah bertindak turun ke Kampung Hilir Darat Batu Rakit untuk bertanya khabar dan persiapan bakal jemaah haji itu. Beliau yang dimaksudkan ialah Haji Abdul Karim Ibrahim Timbalan Pemgerusi JKKK Kampung Hilir Darat Batu Rakit.
YB berbual-bual bertanya tentang persiapan yang dilakukan oleh Haji Karim (berdiri) untuk ke Tanah Suci.
Menurut Haji Abdul Karim,beliau akan pergi ke Tanah Suci kali ini seramai enam orang yang merupakan ahli keluarga beliau.Penerbangan yang beliau naiki adalah yang kedua terakhir di Lapangan Terbang Sultan Mahmud terus ke Jeddah.Penerbangan yang beliau maksudkan adalah pada 16hb Oktober sementara yang terakhir pula ialah pada 18hb Oktober.Beliau turut mengucapkan terima kasih diatas kehadiran YB Haji Khazan kerana hadir menemui beliau sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Sempat singgah disalah sebuah warung kopi untuk minum petang dan bertanya khabar kepada penduduk Kampung Hilir Darat Batu Rakit.
Pada ziarah ini,YB Haji Khazan turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Haji Karim untuk perbelanjaan di Tanah Suci.Disamping itu beliau turut mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji semoga selamat pergi dan kembali semoga beroleh haji yang mab'rur. Program turun padang ini juga sempat untuk YB Haji Khazan singgah di warung kopi untuk beramah mesra dengan para penduduk sebelum ke rumah jemaah haji tersebut.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment