BATU RAKIT, 18 Oktober 2011 – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Haji Asha’ari Idris berkata, “beliau telah mengarahkan jawatankuasa mengenai pasar borong mesti siapkan laporan dalamasa satu bulan”. Jelasnya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pengeluar Sayur-sayuran dan Buah-buahan Negeri Terengganu (PPSBNT) kali ke15 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Pertanian Negeri, Ajil, Hulu Terengganu baru-baru ini.
“Kerajaan sudahpun kenalpasti tapak untuk membina sebuah pasar borong baru yang lebih sempurna daripada apa yang ada di Merbau Patah, Kuala Terengganu sekarang.” sambungnya di hadapan 200 orang perwakilan. Harapan beliau apabila wujud pasar borong dengan peruntukan yang besar, persatuan ini dapat menyumbang bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kerjasama ahli-ahli bagi menjamin bekalan tidak putus. Beliau berkata’ “kerajaan tidak mahu melihat apabila adanya pasar borong kelak, segala keperluan bekalannya datang dari negara jiran sebagaimana berlaku di negeri jiran kita, Kelantan.”
“Sulit bagi kerajaan mengawal sikap sebahagian orang-orang kita yang menjadikan bantuan kerajaan untuk mereka sebelum ini, telah ditukar kepada wang segera. Ada sebahagiannya telah menjual kepada pihak tertentu, sedangkan bantuan yang diberi oleh kerajaan adalah bagi meningkatkan pendapatan mereka agar dapat lari daripada kebergantungan kepada mana-mana agensi kerajaan di masa hadapan” sambungnya lagi.
No comments:
Post a Comment