BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 23hb September 2011- Kemeriahan hari raya masih berterusan dengan JKKK Bukit Chempaka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Bangunan JKKK hari ini. Hampir 350 orang telah hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini.
Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 dan berakhir jam 5.30 petang ini turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dari kanak-kanak hingga ke warga emas. Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini Peagawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hashim,anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit,Pengerusi-pengerusi JKKK sekitar dan wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar.
Pelbagai juadah hari raya disedaikan seperti laksa penang,ketupat,lemang dan rendang,tapai dan juga kuih-kuih moden. Acara yang dadakan setiap tahun ini merupakan salah satu cara berterima kasih pihak JKKK terhadap penduduk kampung yang sentiasa menyokong setiap program yang doadakan oleh JKKK. Disamping itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama antara para penduduk kampung dengan JKKK. Majlis ini juga turut didendangkan lagu-lagu raya untuk menceriakan dan melahirkan suasana hari raya yang bakal berakhir nanti.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
wah2...bestnye buat rumah terbuka...kalu ada kat kg nie dh boleh g...hehehehe
ReplyDelete