BATU RAKIT (BUKIT WAN) 30hb September 2011- Dalam usaha mempelajari bagaimana cara untuk menjaga dan menghiasi kampung serta memufuk semangat saling berkerjasama diantara para penduduk,JKKK Jalan Terkukur Kuala Terengganu berserta 35 orang lagi para penduduk telah mengadakan satu lawatan bermaklumat ke Kampung Bukit Wan hari ini.
Rombongan yang tiba tepat jam 3.30 petang ini telah diketuai oleh Pengerusi JKKK dan juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu Encik Badrul Hisham Kamarulzaman. Pada lawatan ini JKKK Jalan Terkukur telah diberikan pelbagai taklimat tentang cara bagaimana hendak menimbulkan rasa maufakat dikalangan para penduduk. Tayangan video mengenai sejarah kampung,sikap kerjasama para penduduk dan kemenangan Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kampung turut dipertontonkan.
Rombongan turut dibawa melihat sekitar kampung dan juga pelbagai usaha yang dilakukan oleh penduduk kampung untuk menambah peningkatan ekonomi mereka.Kedai roti,taman herba,cara-cara membuat ragi dan ternakan ayam serama turut diperlihatkan kepada anggota rombongan JKKK Jalan Terkukur. Lawatan ini telah berakhir pada jam 6.00 petang.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment