BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 9hb Ogos 2011- Bertempat di Taman Reakrasi Pantai Batu Rakit satu Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan oleh JKKK Pantai Batu Rakit hari ini. Majlis yang dihadiri oleh hampir seluruh penduduk kampung Pantai ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Setiu Dato' Haji Mohd Jidin Shafie dan isteri. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi dan telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Dengan hidangan tradisi seperti tapai pulut,ketupat palas dan serunding,bihun goreng dan juga nasi dagang, ianya berjaya menarik hampir 300 orang para penduduk dan jemputan hadir pada majlis ini. Kemeriahan majlis ini juga terasa dengan kehadiran kanak-kanak yang sentiasa mengambil peluang pada majlis hari raya.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh anggota APMT Dun,anggota-anggota Balai Polis Batu Rakit dan juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu. Alunan lagu-lagu raya dan suasana yang damai berhampiran pantai dapat menambahkan lagi kemeriahan majlis ini.

Menurut salah seorang AJK JKKK Pantai Encik Ismail Othman,program jamuan hari raya pada tahun ini lebih meriah daripada tahun sebelumnya. Ini kerana dengan sistem kerja yang dijalankan oleh Ajk dengan menghantar surat undangan dari rumah-rumah dapat memberikan rasa perhargaan penduduk kepada JKKK. "Semoga kejayaan majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan dengan lebih meriah dan mesra" tambah beliau lagi.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment