Barisan Jemaah Haji diiringi oleh Jabatan Pertahanan Awan (JPA) menuju ke terminal kapal terbang untuk berangkat menuju ke Jedah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud melalui penerbangan pertama Jemaah Haji Zon Timur di Terengganu.
KUALA TERENGGANU (30hb September 2011) Seramai 447 orang jemaah haji dari Zon Timur telah berangkat menuju ke Jedah sebagai Penerbangan Pertama Jemaah Haji di Lapangan Terbang Sultan Mahmud hari ini. Penerbangan yang dijadualkan pada jam 11.45 pagi telah berjaya disempurnakan oleh wakil Menteri Besar Terengganu YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap Adun Batu Rakit.
YB Haji Khazan (kanan) dan YB Haji Muhamad Ramli Noh (dua dari kiri) sempat meninjau didalam pesawat dan bertanya khabar kepada jemaah haji.
Seramai 239 orang jemaah dari Terengganu,202 orang dari Kelantan,1 orang dari Pahang dan lain-lain negeri seramai 5 orang. Penerbangan ini yang keempat membawa jemaah haji di Malaysia ke Jedah dilakukan oleh pesawat MH 8002.Ianya juga yang pertama penerbangan di Terengganu terus ke Jedah.Jemaah haji yang terdiri dari 202 orang jemaah lelaki dan 247 jemaah perempuan ini turut diucapkan selamat jalan oleh Adun Tepoh YB Haji Muhamad Ramli Nuh dan juga Adun Langkap YB Haji Asa'ari Idris.
Barisan jemaah haji ceria ketika didalam pesawat untuk menuju ke Tanah Suci Mekah.
Didalam teks ucapan perasmian pelepasan jemaah haji ini yang dibacakan oleh YB Haji Khazan Che Mat,Menteri Besar Terengganu berharap agar para jemaah haji dapat menunaikan rukun islam yang kelima dengan sempurna. Beliau turut menasihati para jemaah haji agar sentiasa mengjaga kesihatan dengan sebaik mungkin apabaila berada diTanah Suci nanti. Ini kerana perubahan cuaca akan memudahkan para jemaah menghidapi demam dan selsema.
YB Haji Khazan menguncapkan selamat jalan kepada jemaah haji dan nasihat agar sentiasa menjaga kesihatan diri.
Beliau turut mengajak agar para jemaah sentiasa bersyukur kerana dapat mengerjakan fardhu haji dengan kadar yang murah berbanding dengan negara-negara lain. Jumlah yang dikenakan oleh Tabung Haji jauh lebih rendah dan murah berbanding dengan negara-negara jiran serantau.Beliau turut mendoakan agar para jemaah haji selamat sampai dan selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur.
Dari kiri ke kanan: YB Haji Muhamad Ramli Noh (Adun Tepuh), YB Haji Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit), YB Haji Asa'ari Idris (Adun Langkap) sedang bersalaman dengan jemaah haji sambil menguncapkan selamat jalan.
Jemaah haji berdoa untuk kesejahteraan,keselamatan sebelum menaiki pesawat untuk ke Tanah Suci Mekah.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment