Saturday, September 17, 2011

Sinar Harian Bersama Komuniti Dun Batu Rakit.... 1

Para wartawan Sinar Harian merakam kenangan bersama YB Haji Khazan (berbaju putih) dan Penyelia Asrama Darul Akhyar Ustaz Razaki (bersongkok).

BATU RAKIT (TANJUNG) 16hb September 2011- Seramai 100 orang penghuni Asrama Kebajikan Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar dan 30 orang pelatih dari Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) Dun Batu Rakit ceria menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri yang dibuat oleh Sinar Harian di Asrama Darul Akhyar,Mengabang Kapal hari ini. Majlis yang diadakan sempena Program Konvoi Sinar Harian ke Setiu ini telah bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.


Majlis yang turut mendapat kerjasama MAIDAM dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit ini telah dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Negeri Terengganu. Majlis ini juga turut menyediakan pelbagai acara seperti lakonan para pelajar,tarian shuffle dan juga cabutan nombor bertuah.

Jajarkan ke KiriJajarkan ke TengahYB Haji Khazan (berbaju putih) sedang melayan para pelajar mengambil makanan.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Penolong Editor Sinar Harian Terengganu,Wan Suryana Ton Mohamad,program yang diadakan ini adalah sinambungan daripada beberapa program yang telah diadakan sebelum ini.Ianya merupakan apa yang telah dirancang oleh pihak pengurusan." Kita menggunakan pendekatan turun padang untuk bersama-sama masyrakat sebagai mendekatkan lagi Sinar Harian dengan masyarakat"katanya."Apa yang menjadi keutamaan kami adalah untuk terus menjadi penghubung kepada masyarakat agar pendapaqt yang disuarakan akan tercapai dan terus mendapat perhatian pihak yang berkenaan" tambah beliau lagi. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MAIDAM,Pusat Khidmat Dun Batu Rakit,PDK Batu Rakit,Balai Polis Batu Rakit dan seluruh warga Asrama Darul Akhyar kerana memberikan sokongan pada majlis ini.Ucapan terima kasih juga beliau berikan kepada YB Haji Khazan kerana dapat turun padang merasmikan majlis Program Konvoi Sinar Harian ke Setiu.

Para pelajar dan pengajar PDK turut bersama untuk merasai hidangan hari raya.

Dalam ucapan YB Haji Khazan pula,beliau berharap agar Sinar Harian akan terus mengekalkan konsep komuniti yang menjadi prinsip utama mereka didalam memperbanyakkan berita yang memberikan peluang kepada penduduk kampung. Beliau juga turut menyatakan bahawa akhbar Sinar Harian kini menjadi pilihan utama bagi seluruh warga kampung. " Dengan konsep yang telus dan tulus pada setiap laporan ianya akan terus menjadi tarikan untuk para komuniti menaruh keyakinan terhadap Sinar Harian" katanya lagi.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari Penolong Sinar Harian Wan Suryana (tiga dari kiri) bersama Pengarah Program Konvoi Sinar Harian ke Daerah Setiu Wan Amelia Wan Mohd Daud (dua dari kiri).

Majlis jamuan hari raya ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman,Pengetua PDK Batu Rakit dan tenaga pengajar serta para ibubapa pelatih PDK.

YB Haji Khazan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang penghuni asrama.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.

Dari kiri ke kanan: Penyelia Asrama Ustaz Razaki,Penolong Ketua Editor Sinar Harian Terengganu Wan Suryana Ton Mohamad,YB Haji Khazan Che Mat dan Wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment