BATU RAKIT (BUKIT WAN) 16hb September 2011- Program terakhir Konvoi Sinar Harian Terengganu ke Daerah Setiu di Dun Batu Rakit ialah Majlis Adilfitri bersama penduduk Kampung Bukit Wan dan Pertandingan Karaoke Lagu Raya. Program yang diadakan di Pusat KRT Bukit Wan ini telah berjaya menarik kehadiran para penduduk seramai 200 orang. Ianya bermula jam 9.00 dan telah berakhir pada jam 11.00 malam. Majlis ini juga turut menghidangkan pelbagai juadah raya seperti ketupat,lemang,rendang dan juga serunding.
Pada majlis ini juga pihak Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit yang diwakili oleh Pegawai Khas Haji Kamaruddin Mohd telah juga menyampaikan cenderahati untuk seluruh warga Sinar Harian. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Sinar Harian kerana sudi mengadakan program Komuniti Bersama Masyarakat Dun Batu Rakit. Beliau juga akan sentiasa memberi segala kerjasama terhadap program-program Sinar Harian demi menjalinkan hubungan yang lebih baik lagi. Beliau turut merakamkan ucapan salam dari YB Haji Khazan Che Mat kerana tidak dapat hadir pada program yang terakhir ini. Beliau juga turut berharap agar para wartawan Sinar Harian berpuas hati dengan segala layanan yang diberikan dan memohon maaf jika terdapat kekurangan disepanjang program ini berlangsung.
Pada majlis ini juga JKKK Bukit Wan telah menerima sijil perhargaan yang telah disampaikan oleh Penolong Ketua Sinar Harian Wan Suryana Ton Mohd. Majlis yang diadakan secara santai ini turut dihadiri oleh wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment