Saturday, September 17, 2011

Sinar Harian Bersama Komuniti Dun Batu Rakit.... 2 (Menyelami kehidupan Nelayan.....)

Para wartawan Sinar Harian dan nelayan serta penduduk Kampung Pantai Batu Rakit bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan dan keluarga (tengah).

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 16hb September 2011- Untuk merasai susah payah para nelayan menangkap ikan dilaut,hampir semua para wartawan Sinar Harian yang menyertai Konvoi Jelajah Setiu telah turun kelaut dan melihat sendiri cara-cara menangkap ikan. Walaupun tiada tangkapan yang diperolehi pada hari itu,tapi kepuasan terbayang pada wajah para wartwan kerana dapat merasai sendiri susah payah menjadi nelayan.

Para wartawan sempat berposing sebelum turun ke laut.

Program menyelami kehidupan nelayan ini turut dihadiri oleh para nelayan disekitar Pantai Batu Rakit seramai 30 orang. Acara yang bermula pada jam 3.30 petang ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat dan keluarga,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar,Timbalan Pengerusi JKKK dan AJKnya serta APMT DUN Batu Rakit. Program yang dibuat secara santai ini turut mengundang penduduk kampung sekitar untuk memeriahkan lagi. Diakhir majlis ini Penolong Ketua Editor turut memyampaikan sijil perhargaan kepada JKKK Pantai Batu Rakit diatas kerjasama yang diberikan. Program ini telah berakhir pada jam 5.30 petang dengan sedikit jamuan telah disediakan untuk semua tetamu.

Menjamu selera selepas selesai meronda-ronda dilaut.

Timbalan Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit Awang Ismail Awang Ngah (kiri) menerima sijil perhargaan daripada Penolong Editor Sinar Harian Wan Suryana Ton Mohd (tengah) sambil diperhatikan oleh Pengarah Program Konvoi Sinar Harian ke Daerah Setiu Wan Amelia Wan Mohd Daud (kanan)

Membantu menarik perahu selepas selesai program dilaut.

Para nelayan dan JKKK bersama-sama menaikkan bot.

YB Haji Khazan,Wakil Balai Polis Batu Rakit (depan) turut bersama memeriahkan program Sinar Harian.

Wartawan Sinar Harian melihat bagaimana bubu ikan ditarik.

Penolong Ketua Editor Sinar Harian Terengganu Wan Suryana Ton Mohd (bertudung pink) melihat bagaimana pukat ditarik.

Masih sempat berposing didalam bot.

Bersama-sama membantu menolak perahu untuk diturunkan ke laut.

Para nelayan menarik pukat tarik untuk dimasukkan kedalam perahu.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment