Monday, March 7, 2011

Santai bersama YB Haji Khazan di Tasik Kenyir...

Bergambar kenangan diatas bot bersama YB sebelum berangkat pulang.

BATU RAKIT- 5-6hb March 2011- Seramai 25 orang yang terdiri daripada Ketua-ketua Pemuda Umno Cawangan dalam Dun Batu Rakit telah bersama-sama YB Haji Khazan Che Mat ke Tasik Kenyir untuk Program Santai bersama YB Adun. Progaram yang menuntut para peserta bermalam di Tasik Kenyir ini bermula dengan berkumpul di rumah YB pada jam 12.00 tengahari pada 5hb March. Setelah para peserta berkumpul,pada jam 1.00 tengahari bertolak ke Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir.

Ketua Pemuda Cawangan Maras Nik Man (kanan) menerima hamper daripada YB Haji Khazan.

Setelah sampai disana,para peserta telah menjamu selera direstoran berhampiran. Setelah itu semua peserta menunaikan solat zohor disurau berdekatan sebelum menaiki bot untuk menuju ke tempat yang telah dicadangkan oleh urusetia program. Setelah menaiki bot selama hampir 4 jam,para peserta tiba ditmpat yang dituju pada jam 5.00 petang. Setelah meninaikan solat asar,para peserta mula memasang umpan pada joran masing-masing untuk mencuba nasib memacing ikan toman dan kelah.

YB Haji Khazan menyampaikan hamper kepada pemandu bot sebagai cenderahati dari pihak Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit.

Sementara itu dalam taklimat yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ketua pemuda yang sudi hadir pada program ini. Beliau berharap dengan adanya program seumpama ini ianya akan terus mengukuhkan ikatan persahabatan antara para pemuda demi memajukan bangsa,agama dan negara. Harapan beliau juga agar program seumpama ini akan terus diadakan dimasa hadapan untuk sama-sama mencari titik tolak kearah keutuhan parti dan juga persahabatan yang kukuh. Beliau juga berharap program seumpama ini dapat memberikan satu kesan yang positif dalam membina jati diri dan juga sikap yakin pada diri sendiri."Tanpa sifat-sifat yang bergitu kita amat payah untuk terus bersaing dalam kehidupan global yang semakin mencabar ini" kata beliau lagi.

Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Encik Nazri Mamat (berdiri berbaju putih) menyampaikan sedikit taklimat kepada peserta program.

Dalam program ini juga beberapa hamper telah disediakan oleh pihak urusetia iaitu Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit sebagai cenderahati diatas kehadiran Ketua-ketua Pemuda Cawangan dan juga sokongan terhadap program ini. Menurut Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Encik Nazari Mamat,program ini merupakan salah satu cara mengeratkan hubungan YB Haji Khazan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu dengan para pemuda-pemuda UMNO."Semoga adanya program seumpama ini rasa hormat dan yakin kepada para pemimpin dapat dipupuk dengan cara pergaulan yang dilakukan"tambah beliau lagi.

YB turut bersama-sama menikmati hidangan tengahari.

Menjamu selera beramai-ramai.

YB sempat menyiang ikan yang dipancing untuk hidangan tengahari.

Mandi manda dengan penuh keriangan.

Santai dan ceria diwaktu malam mengisi masa sebelum tidur.

Berehat sambil berbincang.

Menggunakan bot kecil memancing dilubuk.

Peserta bersama hasil tangkapan..seekor Toman seberat 2 kilo.

Bot kecil juga dibawa untuk peserta memancing dilubuk-lubuk.


YB Haji Khazan masih sempat meluangkan masa untuk membaca tika dalam perjalanan ke tempat memancing.

Sampai tempat dituju para peserta mula mencuba nasib memancing ikan toman dan kelah.

Salah sebuah bot yang turut membawa para peserta program.

YB Haji Khazan memandu bot menuju distinasi memancing.

Keindahan pulau yang terdapat di Tasik Kenyir.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment