Bersama-sama membersihkan tanah perkuburan.
BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 4hb March 2011- Hampir 200 orang para penduduk Kampung Bukit Chempaka dan Bukit Agu telah keluar beramai-ramai untuk mengadakan gotong-royong di Tanah Perkuburan Islam Bukit Chempaka. Gotong-royong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Bukit Chempaka ini telah mendapat kerjasama dari JKKK Bukit Chempaka dan JKKK Bukit Agu.
Cerita dan Gambar: SAZALI YUSOF
olehan: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
Bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan dan untuk mereka yang telah pergi dicucuri rahmat.
Menurut Pengerusi Masjid Bukit Chempaka Encik Mohamad bin Engah,beliau berasa bangga dengan kehadiran yang telah ditunjukkan oleh para penduduk. "Sambutan yang beginilah kita sentiasa harapkan dari para penduduk bila kita mengadakan gotong-royong" katanya lagi. Program yang bermula dari jam 8.00 pagi telah berakhir pada jam 11.00 pagi dengan majlis tahlil yang diadakan ditanah perkuburan tersebut.
Selesai membersihkan kawasan perkuburan,majlis tahlil diadakan bagi mengigati mereka yang telah pergi.
Cerita dan Gambar: SAZALI YUSOF
olehan: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment