KUALA TERENGGANU 18hb March 2011- Seramai 451 orang rakyat Terengganu telah terpilih untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Pelbagai lapisan rakyat Terengganu telah dipilih untuk diberikan anugerah Umrah ini.Dikalangan Pegawai Kerajaan,Iman-iman,Bilal-bilal,Tahfiz-tahfiz,Pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO),Pengerusi-pengerusi JKKK,Wakil-wakil Rakyat dan juga Kerabat Diraja.
Majlis Keberangkatan Jemaah Umrah Anugerah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bagi Musim 1432H/2011M telah diadakan diBalai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud,Kuala Terengganu dan telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku wakil kepada Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.
Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau menyampaikan salam dari Y.A.B.Dato'Seri Menteri Besar kepada para jemaah kerana tidak dapat bersama-sama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau yang juga salah seorang daripada jemaah untuk umrah ini telah diwakilkan oleh YAB Dato Seri Menteri Besar untuk menyampaikan ucapan perasmiaan. Dalam ucapan beliau lagi,beliau berharap seluruh para jemaah yang terpilih bersyukur kerana telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana dengan penerbangan terus ke Jedah ini adalah satu sejarah yang tercipta diMalaysia. "Belum ada lagi negeri-negeri dalam Malaysia selain Lapangan Terbang KLIA yang mengadakan penerbangan terus untuk jemaah ke Jedah"kata YB Haji Khazan. Ini menunjukkan betapa Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah berjaya dan akan terus menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa. Perkara ini akan terus dimajukan dari masa ke semasa demi mentarbatkan Terengganu dipersada dunia tambah beliau lagi.
Beliau juga berharap agar para jemaah akan menggunakan peluang yang diberikan ini untuk beramal ibadat dengan sebaik mungkin apabila tiba di Tanah Suci nanti. "Kunjungilah tiga buah masjid yang utama iaitu Masjid Nabawi,Masjidil Haram dan Masjidil Aqsar kerana ianya masjid yang pernah menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W.beribadat" kata beliau lagi. Semoga apa yang diberikan oleh kerajaan negeri dapat disyukuri dengan penuh rasa nikmat dan berterima kasih.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment