BATU RAKIT – 28 Mac, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang baru, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee berkata “nelayan-nelayan perlu bersyukur kerana hasil tangkapannya adalah keperluan utama bagi semua bangsa. Jasa mereka amat besar kepada masyarakat dari kanak-kanak hingga kepada dewasa.”
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian Mesyuarat Agong Tahunan ke31 Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Utara di Dewan Sivik Batu Rakit semalam. Seramai 600 orang ahli hadir pada majlis berkenaan.
Melalui persatuan, beliau sarankan agar dapat dicari jalan kearah mengkomersilkan hasil tangkapan dan sudah tiba masanya kebergantungan kepada orang tengah ditinggalkan.
Adalah lebihbaik persatuan membeli semua hasil tangkapan dan menjual sendiri kepada pengguna. Dengan cara itu, keuntungan dapat dinikmati ahli-ahli melalui persatuan dan harga dapat dikawal terus, tambahnya lagi.
Muara-muara sungai di sekitar pantai negeri akan dipohon peruntukan khas kepada kerajaan negeri dan pusat bagi memudahkan nelayan keluar masuk pada masa tertentu.
No comments:
Post a Comment