Thursday, March 17, 2011

Program Kemasyarakatan UMT 2011- Anak angkat 1 Malaysia.

Para pelajar dan ibubapa angkat mereka bergambar kenangan beramai-ramai dengan YB Haji Khazan dan Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 17hb March 2011 Bertetapan dengan konsep Perdana Menteri yang menyerapkan slogan 1 Malayasia diantara seluruh kaum dalam Malaysia, JKKK Padang Kemunting dan juga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berkerjasama mengadakan satu Program Kemasyarakatan. Program yang berkonsep mendekati para masyarakat kampung ini telah disertai oleh seramai 100 orang pelajar-pelajar tahun akhir UMT dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran.

Haji Zakaria Abd.Rahman dan isteri (kanan sekali) bersama-sama pelajar yang menjadi anak angkat.

Menurut Cik Norsaleha Remlan selaku Penyelaras Program ini,objektif yang ingin dicapai melalui program ini ilah mempromosikan UMT sebagai pusat penganjian tinggi yang melahirkan Modal Insan Kelas Pertama. Disamping itu juga untuk memperkenalkan Kursus Pengurusan Pemasaran UMT yang dibentuk sebagai teras dalam pembangunan komuniti masyarakat setempat."Ianya juga akan dapat memberikan pendedahan kepada para peljar tentang pentingnya kesedaran terhadap isu-isu terkini yang melibatkan kehidupan sosial dan pembangunan masyarakat setempat" kata beliau lagi.Beliau juga berharap agar para siswa dan siswi ini akan berkongsi pengentahuan dan idea dengan masyarakat setempat seterusnya memancu perkembangan mentaliti mereka di masa hadapan.

Pelajar warga Indonesia (kiri) tidak ketinggalan menyertai program ini.

Program yang bermula jam 5.00 petang ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat di Balai Serbaguna Kampung Padang Kemunting. Dalam ucapan alu-aluan dari Penasihat program ini Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail, beliau menyatakan tujuan program ini ialah untuk mendekatkan lagi para pelajar dengan para penduduk kampung dan disamping menjana pemasaran sosial. Maksud pemasaran sosial ialah mempromosi idea-idea yang dapat memberikan faedah kepada masyarakat. Beliau juga berharap agar para pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa dapat menjaga sensiviti antara mereka dan masyarakat setempat. Prof Madya Dr. Mustapha Ismail juga merakam ucapan terimakasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan program ini,kepada para Pengerusi JKKK di Peti Undi Padang Kemunting yang memberikan satu kerjasama yang baik dan juga kepada para penduduk setempat yang sudi mengambil para pelajar sebagai anak-anak angkat mereka.Beliau juga berharap para pelajar dapat menggunakan peluang yaang ada ini sebaik mungkin untuk berbakti dan memahami adat budaya kampung serta menjaga segala peradaban dengan sebaik mungkin.

Pelajar kaum Cina (berbaju belang) turut bersama-sama menyertai program dan menerima ibu angkat.

Salah seorang penduduk (kiri) bersalaman dengan anak angkat yang diterimanya disaksikan oleh YB Haji Khazan dan Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan,beliau amat berterima kasih kepada UMT kerana sudi menjadikan Kampung Padang Kemunting sebagai tempat untuk para pelajar melakukan program. Bagi beliau ini merupakan satu keunikan kerana belum pernah Pusat Pengajian Tinggi melakukan program-program yang berdekatan dengan tempat mereka. Beliau juga berharap agar para pelajar dapat mempelajari dengan lebih banyak lagi asas-asas tentang kehidupan kampung selama program ini berlangsung. Dalam ucapan beliau juga menekankan betapa perlunya satu kesedaran tentang pentingnya hidup pemaufakatan dijalinkan oleh pelajar dengan masyarakat setempat. "Ini akan dapat merapatkan lagi persaudaraan dan juga mengukuhkan jemaah dalam masyarakat setempat" katanya lagi. Beliau juga berjarap program-program seumpama ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dan akan cuba membantu denga sedaya upaya yang termampu.

YB Haji Khazan menerima cenderahati daripada Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail (kanan)

Dalam program yang akan berlangsung selama 4 hari 3 malam ini,seramai 34 buah keluarga telah sudi menerima para pelajar UMT ini sebagai anak angkat mereka. Majlis yang berlangsung selama dua jam ini telah berakhir jam 7.00 petang dengan semua pelajar telah kerumah ibubapa angkat masing-masing. Turut bersama hadir pada majlis ini ialah semua Pengerusi JKKK didalam Peti Undi Padang Kemunting,Ketua Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun,wakil Balai Polis Batu Rakit dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail menyampaikan ucapan selaku penasihat program.

YB Haji Khazan(tengah),Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman (kiri) dan Penasihat Program Prof. Madya Dr.Mustapha Ismail bersama-sama mengaminkan doa.

Para pelajar UMT mendengar ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment